Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, May 15, 2020

Panduan Solat dan Khutbah Aidilfitri 2020

Teks Khutbah hari raya ini sebagai contoh dan panduan buat kaum bapa dan lelaki sekalian untuk dibacakan pada hari raya Aidilfitri ini.

Walaupun membaca khutbah hari raya adalah sunat sahaja, namun inilah peluang keemasan buat kita untuk membaca khutbah bersama ahli keluarga di rumah. 

Aidilfitri kali ini adalah sesuatu yang istimewa kerana mungkin pertama kali kita membaca khutbah hari raya. Kita tak pasti lagi pada masa hadapan kita berpeluang membacanya di hadapan ahli keluarga. Oleh itu manfaatkan peluang ini bersolat hari raya bersama keluarga dan membaca khutbah ringkas ini.

PANDUAN ASAS SOLAT AIDIL FITRI DI RUMAH BUAT IMAM INTERIM oleh Khairul Anuar Basri
Tahun ni memang cemas. Bukan saja cemas sebab Corona Virus, tetapi juga cemas sebab ada bulan Ramadhan.
Masjid dan surau ditutup. Jadinya, bapak-bapak mesti jadi imam solat terawih dan witir di rumah bersama isteri dan anak-anak.
Datang hari raya, cemas lagi. Sebab masjid dan surau masih lagi tutup. Jadinya sekali lagi, bapak-bapak mesti jadi imam solat. Kali ini solat Aidilfitri di rumah masing-masing.
Tambah cemas bila solat Aidilfitri kena baca khutbah lepas solat. Macamana nak buat tu?
So, saya bagi panduan asas solat Aidilfitri dan khutbah hari raya untuk bapak-bapak jadikan sebagai panduan.
Jangan takut! Lawan!
❤️ Solat Sunat Aidilfitri.
✅ Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
✅ Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan secara ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
✅ Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
✅ Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
✅ Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
✅ Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
✅ Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
✅ Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
✅ Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.
Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.
❤️ Khutbah pertama.
✅ Ucap “Alhamdulillah”.
✅ Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
✅ Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.
Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.
❤️ Khutbah kedua.
✅ Ucap “Alhamdulillah”.
✅ Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
✅ Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
✅ Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Then, boleh la bersurai.
Itu je pun. Tak susah kan? Sempoi giler. 
Ada 10 hari lagi nak berlatih ye. Kalau boleh jangan la yang basic sangat. Tambah la sikit perisa biar sedap tak nampak kering.
Terutamanya yang bahagian khutbah hari raya tu.
Agak-agak susah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. Kemudian baca.
Selesai...
Masih bimbang?
Jangan takut! Lawan!
Kalau takut nak lawan sorang-sorang, lawan ramai-ramai. Share panduan ni dekat semua bapak-bapak yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.
Kita lawan sama-sama.
#KAB
#StayAtHome
Jangan panik wahai orang lelaki..
Untuk lebih mudah, sila dapatkan khutbah hari raya Aidilfitri 2020 yang ringkas dan padat untuk panduan anda yang nak baca khutbah nanti.



Teks khutbah ini disediakan oleh Dr Basri Husin.


TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI LENGKAP (TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19)

Khutbah Pertama


 WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. 

IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah mengikut kesesuaian)

Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini,  ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara. 

Dalam Surah al-Mulk, Ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah:

 

Maksudnya:

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI,

Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.

Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik penyakit pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan beberapa kawasan ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan solat berjemaah. 

Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat menjalankan kehidupan harian seperti sediakala.

Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya.

IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah mengikut kesesuaian)

Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita. Terdapat banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran;

Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan keluarga sama ada di rumah ataupun luar rumah.

Kedua: PKP/PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan masa di rumah bersama keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat bertarawih berjemaah, berbuka puasa bersama-sama dan tolong menolong sesama kita.

Ketiga: Kita juga dalam menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara bersama termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang dapat merapatkan hubungan sesama kita.

AHLI KELUARGAKU YANG DISAYANGI,

Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-sama kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).




Selepas habis khutbah pertama* khatib hendaklah duduk sebentar. Bagi khatib yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika


Khutbah Kedua


AHLI KELUARGAKU SEKALIAN,

“Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah S.W.T, mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripadaNYA.


Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa;

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”,

“Engkau ampunilah dosa-doa kami”,

“Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia”.

“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.”

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

“Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini,

“Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah “Lindungilah kami “Selamatkanlah kami “Sejahterakanlah hidup kami.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


*Selesailah khutbah hari raya yang penuh bermakna ini.


Sunday, May 03, 2020

Jana pendapatan dari rumah dengan menggunakan ShiroiPay sebagai sistem bayaran online


Sehingga kini, wabak COVID-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif COVID-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua.
Dengan itu, kami dari pihak ShiroiPay menyarankan semua golongan masyarakat di Malaysia mendaftar sebagai pengguna kami. Anda lebih mudah untuk membuat bayaran bil dan prabayar harian anda menggunakan aplikasi kami. Pada setiap bayaran yang berjaya, anda akan menerima #cashback yang ditawarkan oleh pihak syarikat pada kadar % yang berbeza.


Disamping itu, anda juga boleh menerima Share Link Bonus dengan hanya kongsi link ref anda kepada semua kenalan anda. Anda akan menerima RM2 pada setiap pendaftaran baru yang berjaya menggunakan referal link anda,. Anda juga layak menerima pendapatan dari setiap bayaran prabayar dan bil yang dinamakan Loyalty Bonus. 

Jangan lepaskan peluang yang perlu diambil oleh semua rakyat Malaysia agar kita semua dapat membantu pihak kerajaan menyelesaikan isu COVID-19 yang melanda dunia. 
Untuk mendaftar sebagai pengguna, sila daftar menggunakan link di bawah. 

Thursday, April 23, 2020

cara setting bridging LAN hotspot dengan mikrotik


Tutorial ini adalah cara untuk setting bridging 2 access point (AP) berbeza supaya menggunakan satu interface sahaja di routerboard mikrotik.

1) Login ke winbox
2) Bridge > add new bridge-hotspot



3) Port > add new port  


4) Tukar interface di address list ke bridge1-hotspot


5) Tukar interface di DHCP server & hotspot server ke bridge1-hotspot


6) Pastikan queue list target juga di tukar ke bridge1-hotspot







Untuk lebih faham, sila tonton youtube di bawah.

Thursday, April 09, 2020

DIY-tukar rotor disc brake alza

Hi gais..

Hari ni, hari ke-23 PKP (perintah kawalan pergerakan) atau omputeh sebut MCO, aku nak share sikit cara-cara tukar disk rotor brake kereta perodua alza.

Aktiviti tukar disk rotor dan brake pad ni aku buat minggu lepas. Buat kat tempat parking je..huhu
Disc rotor yang lama dah nipis dan calar. Hari tu masa pergi kat perodua servis, dorang rekemen suruh tukar. Patut lah time turun bukit kat genting sempah tempoh hari, brake rasa gegar semacam je.

Spare part semua ni beli online kat shopee banyak jual. Kat kedai spare part agak mahal sikit.
Nasib baik peralatan semuanya cukup untuk tukar disc rotor ni.
Mula-mula kena buka tayar. Disc rotor danbrake pad jenis TRW. Pakai brand biasa je.
Musim wabak covid-19 ni, kena jimat cermat.

Lepas buka tayar, kena buka brake pad dan brake caliper. Sebelum buka brake caliper dan brake pad tu, kena pusing stereng sampai habis, supaya mudah nak buka skrew kat belakang disc tu.
Time nak buka caliper dan disc rotor agak mencabar. Screw ketat yang amat. 
Pemegang spanar agak pendek, jadi kena sambung dengan batang paip, baru lah ada kekuatan nak pusing 2 biji screw 17 yang pegang caliper tu.

Lepas buka brake caliper, baru boleh buka dicc rotor. Nak buka disck rotor ni pun, susah juga. Ketat dan melekat. Nampak tak, ada WD-40...guna untuk longgarkan bahagian yang ketat dan melekat. Pakai tukul lagi...haha...
Kalau nak tahu, rahsianya kena cari screw size nombor berapa ntah, masukkan kat lubang disc rotor tu, pusing sampai disc rotor longgar. Lepas tu baru boleh tarik keluar disc rotor tu.

Nak cerita susah ni, kalau lah buat video kan senang, tapi takde assistant pulak nak shooting. Kalau tak, boleh buat live masuk youtube...heheh

Nampak tak peralatan yg digunakan. Apit G tu penting untuk tolak hidraulik brake piston supaya mudah nak pasang brake pad dan rotor disc yang baru.
Tapi awas, sebelum pasang brake pad yang baru, sila buka penutup minyak brake di bahagian bonet enjin depan.

Mula-mula plan nak hantar pasang kat kedai, tapi disebabkan kes covid-19 dan kena kuarantin di rumah, jadi aku ambil keputusan buat sendiri. 

Siap pasang disc rotor dan brake pad baru jenama TRW. Lepas siap semua, pasang balik tayar dan jangan lupa, tutup semula penutup minyak brake tadi. Selesai dan boleh test.

Tuesday, December 24, 2019

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats