Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Latest Posts

Thursday, December 22, 2016

DIY- Cara Tukar Spark Plug Alza

Kali ini saya nak share bagaimana cara-cara nak tukar spark plug perodua Alza.
Spark plug ini biasanya ditukar setiap 20,000km milage. itu yang dicadangkan oleh pengeluar kereta.
Tapi kadang-kadang, terlebih juga...Kalau tak ada apa-apa masalah, tak tukar pun tak apa..
Saya pakai yang lama ni, rasanya dah lebih 40,000km.....haha.

Di pasaran, ada beberapa jenis spark plug yang diguna pakai pada kenderaan yang disyorkan oleh pengeluar kereta. Ada banyak jenama juga...DENSO, BOSCH, NGK...

Kali ini saya pakai brand NGK G-POWER Platinum Alloy. Harga beli kat kedai spare part RM50.



Untuk persediaan tukar spark plug ini, kena ada alat yang sesuai.

1) Spanar panjang 16mm (utk buka/pasang plug)
2) Spanar biasa 10mm (utk buka cover air filter).

cover air filter ini kena buka dgn spanar 10mm

alihkan cover ke bhg tepi utk memudahkan kerja menukar spark plug.

Cabut soket wayar plug, lepas tu buka ignition coil plug ni dengan spanar 10mm.


Lepas keluarkan skru tadi, tarik keluar coil plug ni.


Sekarang, keluarkan plug lama dengan spanar panjang macam ni. 
Pakai spanar soket size16mm.
Pusing spanar ke arah lawan jam..
Spanar macam ni tak ada magnet dihujungnya, nak tarik keluar tak boleh sebab hujungnya longgar..
Jadi bagaimana nak tarik keluar plug lama ?? 
Teka sikit...Siapa tau boleh jawab...hehe
Ada caranya...

Ok, spark plug yang lama dah dikeluarkan. Kalau tengok condition plug lama, masih OK...
Cuma nampak ada sedikit kehausan pada bahagian center electrode.

Ini beza spark plug yang lama (sebelah kanan-brand perodua).
Sebelah kiri- NGK G-Power Platinum Alloy

Lepas dah keluarkan plug lama, bolehlah pasang plug yang baru.
Kalau tak confident, baik hantar ke pomen..haha

Tuesday, December 20, 2016

cara mudah tutup astro

Hari ni saya nak share bagaimana nak tutup perkhidmatan ASTRO..

Mudah saja caranya, sebab semalam saya baru tutup akaun dengan ASTRO..

Saya tutup sebab dah bertukar ke unifi...ASTRO ni sebenarnya dah lama saya langgan...

Kontrak pun dah lama habis....Jadi, daripada bayar saja bulan-bulan, baik saya tutup terus..



Ok, begini caranya nak tutup akaun ASTRO...Hanya telefon saja ke perkhidmatan pelanggan.

Mula-mula tu mesin yang jawab...Ikut saja arahan...

Sebelum call tu, sila pastikan nombor Akaun ASTRO ada di depan anda sebab nanti masa call, kena masukkan nombor akaun tu.

Step 1: Telefon ASTRO Service Center 03-9543 3838.
Step 2: Pilih Bahasa
Step 3: Sila masukkan nombor akaun astro 10 digit.
Step 4: Bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan.
Pegawai ni akan check dulu status akaun anda tu, sama ada masih dalam kontrak atau tidak. Berapa bayaran bil yang belum dibayar atau apa-apa saja yg berkaitan.
Lepas tu dia akan tanya kenapa nak tutup? Masa ni pandai-pandai lah bagi alasan. Jangan pula terpedaya dengan offer yang menarik...hehe
Macam saya semalam, saya beritahu direct. Saya nak tutup sebab dah pasang UNIFI. Lagi pun saya jarang tengok TV. Jadi dia pun faham. 
Tapi pegawai tu offer juga, katanya dia akan buka full channel selama 6 bulan dengan hanya bayar RM40 saja. Saya cakap tak apa lah...Tak berminat...Dia pun faham..hehe...Mudah cerita..
Barang-barang ASTRO seperti decoder, smart kad, piring astro semua tak perlu dipulangkan, kecuali ada orang ASTRO minta dipulangkan.
Dia suruh simpan saja, mana tau kot-kot nak pasang balik, boleh guna alat-alat yang sedia ada..
Itu saja prosedurnya....Senang...tak macam dulu orang kata susah..

Thursday, December 08, 2016

masalah blower aircond proton wira

Hi,

Assalamualaikum para pengunjung blog ni..

Hari ni saya nak share sikit tentang blower aircond wira..

Pernah tak jadi bila kita ON suis aircond, mula-mula OK...lepas tu bila kereta gerak...lalu kat jalan yang tak rata...masuk lubang...tiba-tiba aircond tu mati....Lepas tu kita ketuk-ketuk suis, aircond jalan balik...

Pernah tak jadi macam ni ?

Kalau pernah jadi macam tu, itu tandanya suis aircond tu dah rosak. Jalan penyelesaiannya kena tukar suis yang baru. Harganya takde la mahal kalau beli kat kedai spare part.
Kalau beli kat kedai aksesori, memang mahal...




Ni haa rupa suis aircond tu.

Kalau nak jimat duit, beli suis ni dan pasang sendiri...
Tapi nak tukar suis ni, kena buka dashboard meter dulu, sebab suis tu kena pasang dari dalam.

dashboard meter

Risiko buka dashboard ni, dia senang pecah/patah klip..Terutama kereta yg lama..
Dashboard ni rapuh macam biskut kering..
Kalau hantar kedai buat pun sama juga, pecah juga kalau dia buka.

Pernah satu hari saya hantar ke kedai nak tukar sirip aircond tu keluar angin tu, pomen siap cakap "ini dashboard kalau buka boleh pecah aaa...mmg tak boleh jamin aaa"...

"Bukak aje lah tokey, pecah pun pecah laa...apa boleh buat...". 
Hmm..memang patah pun klip skrew..Patah sana-sini...
Baik aku buat sendiri, pecah pun puas hati...

Akhirnya tampal dgn gam dan soletip saja...haha
Janji tak gegar..

Panduan ikhlas daripada Pomen Kereta Sendiri

Thursday, December 01, 2016

Soket lampu depan Alza cair...


Bertemu kembali dlm blog ini.

Hari ni saya nk share sikit berkenaan soket lampu depan kereta perodua Alza (head lamp socket).

Lampu depan kereta ni adalah jenis H7, iaitu hanya ada 2 pin saja.










Lampu jenis H7

Biasanya kereta yg standard baru keluar dari kedai, material soket lampu ini adalah biasa saja (plastik warna hitam). Macam gambar kat bawah.

Soket lampu H7 standard

Masalah soket macam ini adalah tidak dapat tahan suhu yang tinggi dan lama-kelamaan, soket ini boleh jadi cair (melting) dan melekat pada lampu. 

Keadaan ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan berlaku litar pintas pada sistem pendawaian dan boleh mengakibatkan kebakaran.

Itulah yg hampir terjadi pada kereta saya baru-baru ini. Kedua-dua soket ini telah mencair dan lampu juga tidak menyala. Bila check, wayar sudah menjadi keras dan soket juga telah cair. Nasib baik juga dapat tahu punca.

Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, untuk pencegahan awal, terpaksa potong sedikit wayar asal dan balut dengan tape supaya wayar yang rosak tidak bersentuhan antara satu sama lain.




Untuk menggantikan soket yang asal, boleh cari soket jenis seramic. Soket jenis ini ada di jual di kedai sparepart atau kedai-kedai aksesori kereta. Soket jenis ini boleh menahan suhu lampu yang panas. 

Nasihat saya, kalau nak dapat harga murah sikit, eloklah pergi ke kedai spare part berbanding kedai aksesori. Satu soket ini harganya lebih kurang RM10. Kalau di kedai aksesori, harga agak mahal, itu pun belum campur kos pemasangan. Kalau nak berjimat, elok pasang sendiri. Mudah saja kalau tahu..hehe.

Ok.

Kat bawah ni pula lampu jenis H4. Biasanya kereta proton wira pakai lampu jenis ini.

Lampu jenis H4

H4 ceramic socket


Soket lampu H4 ada 3 pin. Ini adalah jenis ceramic. Kalau pakai soket jenis ini, tak pelu buat pendawaian, hanya sambung saja soket dia ke soket asal. 
Plug and play saja. Lebih selamat.

Untuk lihat jenis-jenis lampu yang ada (H1, H3, H4, H7, H8.....) boleh lihat di https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_automotive_light_bulb_types


Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats