Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, February 11, 2009

backup software

Remastersys : Backup keseluruhan ubuntu dan bina distributable ISO image

Notis : Artikel ini ditulis berdasarkan praktikal terlebih dahulu.

Selesai pemasangan ubuntu, kemudian anda setup semua keperluan penting yang lain seperti codecs, flash plugin untuk firefox dan beberapa perisian kegemaran anda seperti inkscape, thunderbird, wine, VLC, games dan sebagainya. Pastinya anda tidak mahu kesemua itu hilang begitu sahaja jika anda melakukan kesilapan yang merosakkan keseluruhan ubuntu.

Memperkenalkan Remastersys, sesuatu yang seharusnya anda cuba hari ini juga dan percayalah, ianya perisian backup yang cukup hebat. Apa yang remastersys ini tawarkan? Ok ada 2 fungsi pusat iaitu;

  1. Ianya boleh backup KESELURUHAN SYSTEM termasuk data persendirian ke dalam satu CD atau DVD yang boleh anda gunakan untuk installasi seterusnya dalam komputer apa jua.
  2. Ianya boleh menghasilkan DISTRIBUTABLE COPY yang boleh anda kongsikan dengan kawan tanpa mempunyai data persendirian anda.
Apa makna semua ini secara praktikal? Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang berfungsi 100% dan anda tidak ingin kehilangannya. Backup menggunakan remastersys > satu iso image terhasil dan burn iso tersebut ke dalam DVD (saizya besar - 1.8GB bagi kes saya) > anda akan mendapat satu live dvd bagi system ubuntu anda tadi. Dengan menggunakan live dvd itu tadi, anda boleh;
  • menggunakannya untuk boot ke dalam live dvd tanpa perlu install terlebih dahulu
  • melalui sesi live dvd anda boleh install dan kesemuanya (system ubuntu yang berfungsi 100%) akan kembali ke tempat asal
  • berkongsi dengan rakan satu sistem ubuntu yang telah lengkap (boleh dengan mp3 etc, boleh guna flash bagi firefox, boleh guna perisian yang tiada dalam ubuntu asas dan sbg)
Ternyata potensi dan kegunaan remastersys masih boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan keperluan pengguna yang berbeza.

Cara Pemasangan

1.Masukkan repo berikut:
deb http://www.remastersys.klikit-linux.com/repository remastersys/
2.Install > klik remastersys
atau masukkan dalam terminal;
sudo apt-get install remastersys
Selesai pemasangan, anda boleh lancarkannya dari System > Administration > Remastersys Backup dan anda akan melihat screenshot berikut;











Anda akan mendapati satu fail iaitu customdist.iso terhasil dalam direktori home dan jangan tanya saya apa harus dilakukan dengan fail tersebut. BURN!

Semoga bermanfaat.

sumber maklumat: melayubuntu blog

Related Posts:

  • kolestrolPagi-pagi pekena nasik lemak kat ofis, beli kat warung tepi jalan. Kadang-kadang tukar menu dengan roti canai sekeping beli kat kafe tempat kerja lepa… Read More
  • degup jantungBila baca berita mutakhir ini, banyak kes-kes kecurian, ragut dan rompakan berlaku dalam masyarakat kita. Kadang-kadang rasa takut juga bila memikirka… Read More
  • mango chiliWeekend baru ni, kami jalan-jalan cari makan di giant kinrara selepas balik dari vantage petaling jaya yang buat sale. Ada satu restoran thai, sebelah… Read More
  • sekitar PBAKL2010 Aku suka baca blog orang. Rasa macam tak cukup masa nak baca semua sampai banyak article yang tak sempat aku follow..hehe. Bila pula nak baca buku? A… Read More
  • papparichTengahari tadi aku & wife singgah kat restoran baru buka di kawasan taman equine. restoran ni namanya paparich. baru aje dibuka hari jumaat lepas.… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats