Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, September 02, 2010

hujung ramadhan

Hujung-hujung bulan puasa ni, dah tak tahu nak makan apa time berbuka. Pusing pasar ramadhan sampai lenguh kaki, last sekali singgah di stesen minyak esso beli nasi ayam. Hampir sebulan berpuasa, makan macam-macam. Terawih kadang-kadang tercicir juga. Azamnya memang nak penuhkan sebulan, tapi tak berjaya. 10 malam terakhir ini, insyaallah boleh.

Sahur takde hal, makan sikit-sikit cukup ambil berkat. Makan roti & minum susu pun ok. Tak perlu makan yang berat-berat sangat, sebabnya bukan nak kerja berat pun. Hampir separuh hari dok dalam suasana ekon. Kerja macam ni kalau makan berat-berat time sahur, boleh mudarat kesihatan. Lainlah kalu kerja berat angkat balak ke..ok lah nak makan nasik sepinggan.

Kat surau macam biasa lah time hujung-hujung ni. Jemaah makin kurang. Nak berjemaah terawih pun kadang payah sebab imam dan khatib tak ada. Orang awam macam aku ni, nak kena rujuk buku juga kalu nak berselawat, berdoa  terawih ni. Maklum le, setahun sekali buat. Ramai orang (termasuk aku) lebih suka berkunjung ke pasar-pasaraya membeli persiapan hari raya. Hari raya mestilah nak tukar benda baru. Nak buat macam mana, memang susah nak tukar cara hidup yang dah menjadi tradisi turun temurun ni. Lagu-lagu raya dah lama kedengaran di radio tv tempatan. Meriahnya nak sambut raya hingga nampak hampir tenggelam keberkatan ramadhan. Nampak gayanya raya tu lebih penting daripada puasa. Memang tradisi Islam ke macam ni, entahlah. Tapi yang pasti, kita umat Islam ini dipaksa secara halus mengikut sistem kapitalis.

Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang  yang berpegang kepada agamanya laksana mengenggam bara api". H.R Tirmizi

"di akhir zaman yang mencabar ini, sesiapa yang mengamalkan ajaran agamanya terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia memunaikan kewajipan agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat maksiat dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidahdan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasikan.

Bersungguh kita menjaga iman,
banyak cabaran di akhir zaman,
iman ibarat api di tangan,
setiap masa mahu dilepaskan.


ujian berat kita rasakan,
datang menimpa menjadi beban,
alangkah hebat godaan syaitan,
untuk meruntuh istana iman.


petikan buku Sedarkah Kamu Wahai Manusia, Antara Semalam dan Hari Ini. Penulis Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman.

Related Posts:

  • DIY tulang anjingIni tulang anjing pendek. Harga dia ni rm28 sebatang kat kedai sparepart.Ada satu lagi yang lebih mahal rm45 sebatang..Pakai yang biasa2 cukup la utk … Read More
  • 4G15 ignition distributorBaru-baru ni aku pasang ignition distributor yang telah di modified (ignition coil berada di luar daripada distributor). Benda ini ada jual kat Muar, … Read More
  • DIY-cable plug distributor. Nota: Untuk kereta proton wira/iswara 12V carburator sahaja.  Kereta lain mungkin berbeza. Jika berlaku keadaan di mana enjin susah nak star… Read More
  • Pfsense and TM Unifi as PPPoE How-To pfSense and TM Unifi as PPPoE Server This is to show you how to enable pfSense 2.x and use TMNet’s Unifi. Important to note that inorder … Read More
  • ignition distributorMemahami bagaimana ignition distributor berfungsi. Ini untuk kereta-kereta model lama yang pakai cable plug. Kereta-kereta moden selalunya tiada cable… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats