Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, July 07, 2011

kes bunuh remaja

Kejam sungguh manusia sekarang. Bunuh, bakar, kerat cerai-berai kan badan mangsa untuk hapuskan bukti (rujuk kes adik Nurrahayu Qomarodin). Namun begitu atas kecekapan pihak polis, suspek berjaya di tahan. Mengikut laporan akhbar yang aku baca, suspek tu bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mana telah mempunyai rekod jenayah lampau.



Ohhh malang...pengawal keselamatan yang tak boleh dipakai langsung. Lebih teruk dari binatang. Banyak pengawal keselamatan jenis macam ni sekarang. Asal boleh lantik saja tanpa periksa latar belakang. Janji bayar gaji murah.

Lagi satu, mengikut laporan akhbar, adik Nurahhayu ni dihantar oleh teman  lelakinya berdekatan tempat pengawal keselamatan tu bertugas pada jam 2 pagi. Jarak rumah lebih kurang 500 meter. Mangsa telah menefon bapanya sehingga 10x tapi bapanya tak sedar.

Kejadian jam 2 pagi di tempat sunyi di saat ramai makhluk sedang lena dibuai mimpi. Pengawal keselamatan yang kesunyian dengan nafsu binatang memuncak-muncak. Syaitan menguasai diri. Pucuk muda di depan mata menonjolkan diri berseorangan. Dengan kuasa Yang Maha Pencipta, berlakulah kejadian yang tidak diingini oleh manusia yang soleh.

Renunglah surah Al-Falaq

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats