Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, July 10, 2012

undang-undang

Sejak berita uncle seeker bongkar kisah TMJ, tenggelam terus berita pasal plet WWW1 yang dibangkitkan oleh bekas MB Nizar. Uncle seeker ni jenis orang berani. Maklumlah, orang yang pernah terlibat dalam hal-hal mencari makluk misteri. Bagi dia apalah sangat isu TMJ ni. Tapi kesian juga bila tengok dia kena tahan polis. Tak tau lah apa nasib dia lepas ni. Tunggu dan lihat sajalah akibat daripada pendedahan berani dia.

Apa yang aku dapat buat kesimpulan daripada kes ini, kalau kita jenis bukan orang yang berani, jangan sesekali lapor berita pasal "orang-orang besar". Duduk diam-diam sudah. Banyak sudah kes, orang yang melapor kena tahan, orang yang dilapor lepas bebas. Itulah undang-undang ciptaan manusia. Banyak kelemahannya. Jadi, marilah kita sokong undang-undang yang telah diperintahkan oleh Yang Maha Pencipta.
Mudah-mudahan niat kita diberkati Allah.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats