cermin pecah, apa patut anda buat?
Hari ni saya nak share sikit apakah yg patut anda buat jika berlaku kes cermin kereta kena pecah seperti mana yg telah terjadi ke atas kereta saya baru-baru ini.
Mungkin perkongsian ini ada manfaat untuk anda.
Mungkin perkongsian ini ada manfaat untuk anda.
Kejadian ini berlaku di Putrajaya. Waktu kejadian dlm lingkungan jam 8.30 pagi sewaktu acara larian Fan Run TM. Kos kerugian RM1000 lebih. Barang yang dicuri adalah handbang yang mengandungi wang tunai dan barang kemas.
Apa yang perlu di buat jika berlaku kes sebegini?
- Lapor kepada pegawai keselamatan di kawasan berdekatan (jika ada). Oleh kerana kejadian ini berlaku di Putrajaya, aku report kat pengawal keselamatan Perbadanan Putrajaya yg bertugas di situ.
- Lepas tu buat laporan polis. Daripada apa yg aku lihat, polis hanya kesan cop jari shj (itu pun jika ada).
- Lepas tu, selesailah tugas polis. Entahlah apa pula tindakan polis lepas tu…
- Lepas tu, carilah kedai cermin kereta, pasang cermin baru. Aku survey 2-3 kedai cermin kereta, yang paling murah offer RM160.
- Nasib baik juga ada ambik insurance windscreen. Itu pentingnya ada insuran. Kadar bayaran insuran windscreen ni adalah 15% drp jumlah coverage.
- Pasang cermin baru claim insuran windscreen.
- Kalau insuran lambat lagi mati, elok beli semula insuran windscreen sebab bila dah claim, walaupun claim sikit, automatik dia akan tolak semua.
0 responds:
Post a Comment