DIY - cara buka pintu proton wira jem kunci rosak
Hari ni nak kongsi sikit bagaimana nak repair pintu proton wira yang rosak.
Apa yang rosak?
Pintu sebelah driver tak boleh buka. Nak buka dari luar pakai kunci tak boleh, nak buka dari dalam pun tak boleh. Pendek kata kalau nak masuk kereta, kena masuk ikut pintu lain.
Punca kerosakan adalah disebabkan ada satu spring pada mekanikal kunci dalam (inner lock) dah patah. Sebab itu pintu ini tidak berfungsi. Maklumlah kereta antik..haha
gambar sebelum inner lock di buka.
ruangan yang sempit.
Bagaimana nak tukar spring yang berada dalam pintu jika pintu tak boleh buka langsung?
Kerja ini agak susah dan mencabar sikit.
Lebih susah sebab dalam pintu ini dah dipasang dengan anti theft bracket (braket besi untuk melindungi inner lock daripada senang dibuka).
Lebih susah sebab dalam pintu ini dah dipasang dengan anti theft bracket (braket besi untuk melindungi inner lock daripada senang dibuka).
besi tu adalah 'safety bracket' yang dipasang untuk cover inner lock. setiap pintu ada satu keping bracket besi ini. kena buka dia dulu baru boleh buka inner lock. kerja susah juga ni..berpeluh juga nak mengerjakan dia..haha.
nampak tak spring hitam tu?? kedai spare part tak jual spring tu sahaja.
dia datang dlm satu set inner lock berharga RM35 termasuk GST.
gambar atas tu, inner lock original, tapak panjang sebab dia attach sekali dengan central lock switch. masih ok.
gambar yang bawah tu, inner lock baru beli kat spare part. aku ambik spring sahaja sebab banyak kerja nak modified....hehe
Updated 2018
Rupanya ramai juga yg ada masalah sama mcm ni...maklumlah kete lama ni..macam2 masalah ada..
Ramai yg bertanya mcmna nk buka pintu yg jem ni....susah jg nk cerita mcmne nk buat..
sy tgh siapkan satu video ni...nti siap sy share dlm youtube.
sementara tu boleh baca2 dlu sini...Ok...ni cara nak buka pintu
1) turunkan cermin tingkap utk memudahkan kerja.
2) keluarkan getah kecik tepi cermin tingkap (cungkil pakai screw driver)
3) Cari besi panjang, cuba tarik @ tolak tempat sy tunjuk tu hingga boleh buka pintu.










