Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Showing posts with label planet. Show all posts
Showing posts with label planet. Show all posts

Monday, October 31, 2011

cuaca dan planet

Dulu aku pernah teropong bulan pakai teropong mini. Nampaklah juga samar-samar kawah di permukaan bulan. Kalaulah aku ada teropong yang berkuasa tinggi, teringin aku nak teropong planet Jupiter yang khabarnya berada di kedudukan paling dekat dengan permukaan bumi.

Malam tadi, langit cerah. Jam hampir pukul 12. Aku pandang ke langit. Nampak segugus bintang. Di sebelahnya pula ada bintang yang bersinar lebih terang daripada bintang yang lain. Itulah planet Jupiter.
Aku bayangkan, alangkah luasnya angkasaraya ini. Manusia di bumi sangat kerdil dibandingkan dengan alam semesta. Kenapakah manusia suka membuat kerosakan dan suka bermusuhan di muka bumi yang bakal ditinggalkan suatu hari nanti?

Sekarang ini setiap petang hujan pasti turun. Sejak dari petang tadi, hujan masih tidak berhenti. Musim tengkujuh sudah hampir bagi negeri-negeri pantai timur.Amaran berjaga-jaga sudah dikeluarkan oleh pengkaji cuaca. Di Thailand, banjir masih belum berhenti.

"Laporan sebuah akhbar hari ini menyebut penduduk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihat supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut.
Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lepas." Sumber

Paras air laut meningkat dan menurut berita TV semalam, kemungkinan tahun 2020, beberapa kawasan di perairan pantai akan tenggelam. Sebahagian dari 7 bilion penduduk planet bumi akan terjejas akibat perubahan cuaca yang berlaku saban hari. Adakah ini tanda hayat planet biru ini semakin pendek? Fikir-fikirkan. Wallahhu a'lam.

Saturday, October 15, 2011

Jupiter & Bulan dekat

Malam tadi, semasa memandang ke langit, kelihatan bulan penuh memancar cahaya dengan sempurna. Kelihatan berdekatan dengannya, sebutir bintang yang terang. Aku mencari di google, apakah bintang itu?
Rupa-rupanya bintang itu adalah planet Jupiter (Musytari). Sebenarnya planet ni adalah planet paling besar dalam sistem suria, tetapi oleh kerana jaraknya yang jauh, maka saiznya kelihatan sangat kecil di mata kita jika dibandingkan dengan bulan.

Oleh kerna masa tu aku tiada camera, tak dapatlah ambil gambar. Gambar di bawah aku copy/edit dari internet. Source: http://spaceweather.com/


Malam ni pula, planet Jupiter kelihatan makin jauh dari bulan.

Gambar ni, aku snap sendiri pakai camera sendiri

Menarik dan hebat alam ciptaan Allah.

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats