Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Showing posts with label tip bunuh lipas. Show all posts
Showing posts with label tip bunuh lipas. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

pembunuh lipas

Kereta kalau dah lama usia dia, macam-macam makhluk ada bersarang dan membiak terutama sekali lipas. Maklumlah banyak sangat sisa-sisa makanan yang melekat, menjadikan celah-celah seat kereta menjadi tempat pembiakan lipas yang bersaiz kecil-kecil. Lipas besar belum pernah jumpa lagi ada dalam kereta.

Lama juga aku mencari petua nak menghapuskan lipas dalam kereta ni. Baru-baru ni ada sorang member post dalam fb cara nak hapuskan  lipas dalam kereta. Lantas aku pun dengan segera mencari barang tersebut. Setelah 2 hari pasang perangkap, inilah hasil yang aku dapat.

haha..umpan di tengah, lipas melekat dan mati di tepi


Mula-mula sekali, pasang perangkap ni. Beli kat Giant. Esoknya aku tengok ada lagi lipas yang masih selamat merayau-rayau di tepi pintu dan atas seat.


Ini pembunuh lipas yang paling power. Tabur sikit di kawasan yang lipas suka melepak. Bila lipas makan serbuk ni, time tu juga dia akan menggelupur dan mati. Memang puas hatilah.

Kesannya memang superb. Dah hampir seminggu bayang lipas pun dah tak nampak!


Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats