Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, November 12, 2008

minyak oh minyak..

Baca dlm utusan melayu hari ni, kerajaan bercadang nak tetapkan harga minimum utk petrol dan diesel. Pandai laaa nak untung..
Apsal tak cadang juga utk tetapkan harga maksimum??

Paras minimum harga petrol, diesel mungkin ditetapkan

PUTRAJAYA 11 Nov. – Kerajaan tidak menolak kemungkinan menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel domestik meskipun harga minyak mentah di pasaran dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia bagi mengelakkan kerajaan terus menanggung jumlah subsidi yang besar sehingga menjejaskan perbelanjaan pembangunan sektor lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bila paras minimum itu akan dilaksanakan.

‘‘Penetapan paras minimum itu terpulang pada mesyuarat Majlis Ekonomi yang diadakan setiap minggu.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats