Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, May 18, 2009

Hari Ibu

Selamat hari Ibu.
Setiap tahun, pada 13hb Mei diadakan sambutan hari ibu bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan kepada insan yang bergelar ibu.
Walaupun banyak nama panggilan, ada yang panggil ibu, mak, mama, umi, dan sebagainya..tak kisahlah apa-apa panggilan pun..sesungguhnya insan itulah yang melahirkan umat manusia di alam dunia ini. Selayaknya beliau disanjung, dihormati dan dikasihi. Ada hadis yang menerangkan betapa tingginya hak seorang ibu oleh anaknya.

Abu Hurairah r.a berkata:

“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Dalam Al-Quran juga ada ayat yang menerangkan kepentingan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa

Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” - Surah an-An’am: 151.

Kepada ibu ku, Masitah Bt Sulaiman, selamat hari ibu diucapkan. Semoga mak sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah. Aminn

Related Posts:

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats