Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, May 08, 2009

Solat Jumaat @ Masjid Seri Petaling

salam Jumaat.
Tengahari tadi, aku solat Jumaat di Masjid Seri Petaling.
Khutbah yang disampaikan Imam adalah berkenaan kisah isteri Nabi Junjungan S.A.W, iaitu Saidatina Aisyah R.A yang telah difitnah oleh kalangan kaum keluarganya sehingga berita fitnah tersebut tersebar dan fitnah itu dianggap benar-benar berlaku. Baginda juga hampir mempercayai fitnah tersebut sehingga turun wahyu Allah.
Hadis berkenaan kisah tersebut sangat panjang dan boleh di baca di laman berikut

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1582

Imam yang membaca khutbah tersebut sangat terkesan dengan kisah ini sehingga beliau sendiri menangis sebak tatkala kisah ini dibaca.
Semoga Allah memberi perlindungan kepada seluruh muslimin & muslimat, mukminin & mukminat daripada bahaya fitnah.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats