Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Saturday, June 27, 2009

surau

Jemaah surau di tempat aku tinggal ni tak pernah ramai.
Malam ni solat Isya' hanya 3 orang saja termasuk imam.
Biasanya tak lebih 5 orang (orang yang sama je).
Majoriti penduduk di sini adalah Melayu, dan aku pasti adalah beragama Islam.
Tapi tak ada yang berminat nak solat berjemaah di surau (mungkin sibuk dengan urusan sendiri).
Sudah lebih 6 tahun aku tinggal di sini, nampaknya tidak ada orang yang berpengalaman mencari jalan untuk menarik minat penghuni di sini datang solat ke surau.
Kadang-kadang ada juga jemaah tabligh yang datang mengimarahkan surau di sini, dan mengajak penghuni solat berjemaah, tapi minat penghuni di sini datang ke masjid masih tidak berubah.
Apakah yang patut dibuat??

3 responds:

Kash said...

hang kena ajak depa pi ESQ dulu, Insyaallah balik dari EQS mesti surau penuh.

Ramadan nak menjenagh ni, mcmana ngan terawih ada org ka?

Bangi alhmadulillah, surau sentiasa penuh ngan jemaah.

irbas said...

Tempat aku adalah dalam 2 shaf ....
tapi kalau nak tengok ramai bulan ramadhan barulah penuh sampai tak muat.

madeeaziz said...

first puasa biasanya ramailah, hingga sampai ke pintu..tengah2 bulan tinggal separuh..akhir bulan puasa tinggal 5 org saja..

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats