gong ubi keling
Nama kampung aku sebelum keluarga berpindah ke LKTP Selasih.
Aku perasan banyak kampung di negeri kelahiran aku ini bermula dengan G.O.N.G
Antaranya gong nangka, gong kedak, gong pasir, gong guchil, gong badak, gong beris, gong tok nasek dan banyak lagi.
Gong dlm ni lebih kurang maksud = kawasan tanah lebih tinggi. Tapi ada juga makna lain. Gong juga boleh diertikan sebagai 'seorang yang tolol/bodoh'.
Banyak kenangan semasa tinggal di kampung ini.
Tanam padi, kutip siput dalam sawah padi, tangkap ikan, main perahu, pelaga buah getah, tanam tembakau, mandi air bah yg melimpah depan rumah, pegi tengok tv rumah jiran…lupa dah nama jiran tu (time tu rumah sendiri takde tv..letrik pun blom ada..utk pasang tv kena pakai kuasa bateri).
Selepas pindah ke Selasih, aku selalu juga balik ke Gong Ubi Keling. Dulu naik basikal aje..ikut jalan short cut melalui kampung Anak Musang.
Ibarat kata pepatah"tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain"
Rumah lama di jual...aku tak ambil kisah sangat siapa yang beli...
Tapi ada satu yang menarik perhatian, aku sempat tengok rumah kami tu diusung beramai-ramai ke lokasi pemilik baru..lebih kurang 20-30 orang juga tenaga manusia yg digerakkan untuk usung rumah ni. Jarak tapak lama ke tapak baru tu, aku agak dalam setengah kilometer.
Orang dulu-dulu kalau pindah rumah, diorang pakat ramai-ramai usung rumah..dulu semuanya rumah kayu.
Sekarang banyak rumah batu, tak boleh dah nak usung-usung ni..
Rumah kami tak jauh dengan rumah Mok Pok Su & Cek Wo (arwah).
Waktu petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan kadang-kadang kuat. Terasa macam duduk di tepi pantai. Dikelilingi pokok-pokok kelapa yang tinggi menjulang…kadang minum kelapa muda sambil duduk di atas geeree=pangkin…
Pegi baruh=kawasan sawah padi…ada satu sungai yang jernih...selalu aku terjun sungai tu mandi..tapi ada satu masalah....sungai tu banyak lintah..huhu..silap2 haribulan kena ngap..berjujai darah keluar..huhu.
Dalam kawasan sawah padi yang luas itu, ada satu kawasan yg agak tinggi sedikit..kalu time banjir, kawasan tu nampak macam pulau. Tempat ni tak besar. Kecik saja. Orang panggil gong Tok Geh. Kat gong Tok Geh ni, ada 1-2 batang pokok kelapa & pokok mempelam. Time musim buah tiba, aku dan sepupu-sepupu sepermainan selalu pegi situ makan buah free...kadang-kadang risau juga takut Tok Geh datang...
Tok Geh..siapa dia, bagaimana rupa dia??
fuhh..kenangan lama beb..
Sekarang, gong ubi keling masih ada. Cuma aku yang dah lama tak ke sana. Bila tiba hari raya dan bila ada kelapangan masa, aku datang melawat.Tiada siapa lagi yang ada di sana, cuma tinggal Pok Cik, Pok Su & Idi.
2 responds:
Kampung kelahiranku juga 42 tahun yang lalu dan aku melalui juga pengalaman sebagaimana anda melaluinya. Sebetulnya Keluarga ibubapaku mengenali rapat keluargamu.Ayahku telah kembali Ke Rahmatullah awal February yang lalu.Alfatihah.
anda penduduk asal kampung gong ubi keling ke ?
Post a Comment