Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, August 13, 2009

rezeki

Alhamdulillah..
Rezeki tiba-tiba datang menjengah sewaktu diri di landa kesempitan terutama sekali di tengah-tengah bulan. Boleh lah bernafas sedikit. Bukan bonus, yang sejak lama dihebohkan.

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (65:At-Talaq. Ayat 2-3)

Otak mula ligat berfikir apa yang patut diutamakan.
Yaa..ada beberapa hutang bank perlu dibereskan. Online saja. Jimat masa.
Maintenance rumah belum beres, investment, cukai pintu kena settle sebelum 31 Ogos, maintenance kereta (bulan ni nak kena tukar timing belt kereta..sudah hampir mencecah 80,000 km)....ada lagi...
insuran rumah belum beli, life insuran masih dlm pertimbangan...dan banyak lagi.
Kalau nak kira, memang tak cukup..tapi takpa lah..Benda yang penting perlu diutamakan.
Bonus oh bonus...bila nak masuk.

5 responds:

Kash said...

Insyaallah kalau ada rezeki adalah tu, amalkan surah Al Waqiah. Semoga Allah melapangkan dan menunjukkan jalan penyelesaiannya.

irbas said...

wow ada binus ker...bila tu besok ke lusa,Banyak dah bermain-main difikiran apa yang patut aku lakukan.
Hutang memang dah pasti kena jelaskan.

Jika besar periuk...besar jugalah keraknya.

madeeaziz said...

itu lah..dengarnya macam ada bunus ini bulan..entah lah..sampai hari ni tanda bunus nak keluar masih belum muncul..ada ke tidak ni?

Kash said...

apa lagi madee, kasi shopping la...bonus masuk esok juga. Syukur alhamdulillah

madeeaziz said...

syukur..syukur..
tengah berkira2 apa nak buat

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats