enid blyton
Tengah dok baca kisah di blog orang, aku ternampak nama Enid Blyton. Macam familiar je nama ni. Oooo...baru-baru ni masa balik kampung cuti raya, aku ternampak satu buku kat rumah, tulisan Enid Blyton. Aku lupa dah apa tajuk buku tu. Buku lama. Buku siri pengembaraan & penyiasatan kanak-kanak. Dulu masa aku sekolah rendah, aku minat baca buku tulisan beliau. Kalau tak silap aku, buku siri 5 sekawan. Buku ni dah di translate ke bahasa melayu
Siri 5 sekawan ni ada banyak tajuk, yang kebanyakannya aku dah baca masa sekolah rendah dulu. Buku ni aku pinjam kat library sekolah. Kalau tak silap, watak utama dlm buku tu bernama George..nama sebenarnya Georgia..dia ni ibarat tomboy la..suka dilihat sebagai lelaki..kawan-kawan dia aku lupa dah apa nama dan juga seekor anjing (ingat-ingat lupa nih).
Tak terfikir aku nak snap gambar buku tu.
Tak taulah aku kenapa suka baca buku genre begitu, mungkin dulu minat nak jadi penyiasat kot..hahaha..(aku pernah apply jawatan polis bantuan, tapi tak dapat sebab waktu itu aku kerja shift. Semua ujian lulus, cuma masalahnya bagaimana aku nak datang latihan, shift punya pasal, aku terpaksa lupakan niat nak jadi polis bantuan..haha)
Siapa Enid Blyton? Aku tak pernah tahu siapa penulisnya sehinggalah aku google nama beliau.
Rupanya penulis ni perempuan. Aku ingatkan lelaki. Hari ni baru aku tahu.
"Enid Mary Blyton (11 Ogos 1897–28 November 1968) ialah seorang British yang telah dianggap sebagai salah satu penulis novel kanak-kanak yang terutama pada abad ke-20. Beliau telah disanjung oleh para pengkritik kerana penceritaannya yang kaya serta watak-wataknya yang tidak dapat dilupakan.
Internet ni ibarat gedung ilmu yang tak terbatas. Macam-macam boleh dicari.

Blyton terkenal kerana menulis banyak siri buku berdasarkan watak-watak yang berulang-ulang dan yang ditujukan kepada kumpulan-kumpulan umur yang berbeza. Buku-bukunya telah mencapai kejayaan yang cemerlang di banyak negara, dengan jualan yang melebihi 400 juta naskhah. Pada tahun 2007, Blyton menjadi penulis yang kelima terpopular di dunia, iaitu di belakang Lenin tetapi di hadapan William Shakespeare, menurut Indeks Translationum. Pemeringkatan ini berdasarkan bilangan naskhah buku Blyton yang dijual dan merangkumi melebihi 3,300 terjemahan buku-bukunya."
Maklumat lanjut boleh dibaca di wikipedia.
Internet ni ibarat gedung ilmu yang tak terbatas. Macam-macam boleh dicari.
0 responds:
Post a Comment