Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, October 12, 2009

jenayah di mana-mana

Balik dari kerja petang tadi, aku ikut jalan biasa, bukit jalil - puncak jalil - taman equine.
Sampai saja kat roundabout taman equine, laluan menghala ke taman pinggiran putra ditutup.
Jauh dihadapan, aku nampak ramai orang berkumpul di simpang empat dekat jusco.
Kelihatan juga kereta polis & anggotanya. Aku syak ada accident teruk jadi kat simpang tu.
Oleh sebab jalan biasa tutup, aku kena lalu jalan lain untuk balik (jauh sikit kena pusing).
Lepas ambik anak kat rumah pengasuh, aku keluar balik nak ke sg. besi (wife nak beli kuih utk open house kat pejabat esok).
Sampai kat simpang empat tadi, aku plan nak pegi tengok dekat apa yg berlaku, jadi aku pun terus ikut jalan berdekatan dan park kereta di tepi jalan tempat orang ramai berkumpul. Aku nampak ada satu kereta jenis honda color hitam ada kat situ, kelihatan cermin depan pecah dan ada beberapa kesan lubang..masa ni aku syak mesti kes rompakan & kes tembak..ingat nak pegi dekat lagi, tapi disebabkan jalan agak sesak & banyak polis berkawal, aku batalkan saja niat nak buat-buat sibuk kat sana..hehe.
Kemudian aku cuba tanya beberapa org yg dah ada kat situ, masing2 tak tahu apa punca.
Dari jauh kedengaran beberapa org tengah bercerita pasal tembakan & rompak..
Sah lah, ini mesti kes rompak. Aku keluarkan camera, snap beberapa gambar, tapi tak nampak sangat sebab agak jauh dari tempat aku berdiri tu.




Oleh sebab aku pun ada urusan lain, aku pun beredar dari situ. Biarlah polis saja uruskan. Nanti esok adalah berita pasal kes ni keluar dalam akhbar. Baca berita sajalah.

Sampai rumah, jam 9mlm..lepas mandi & solat aku on PC.
Nak tengok berita pasal kes petang tadi. Buka berita harian, takde tulis.
Bila buka utusan online, barulah aku nampak berita terkini bertajuk "dua perompak bank ditembak".

Apa nak jadi zaman sekarang, setiap hari ada saja jenayah berlaku. Rompak, samun, rogol, bunuh. Pada aku, elok juga polis tembak penjenayah tu..sekurang-kurangnya banduan kes jenayah berat berkurangan dlm penjara. Tembak mati, habis cerita. Jadi teladan & iktibar kepada orang ramai.

Related Posts:

  • ulserAduhh...ulser mulut menyerang lagi.Berdenyut-denyut sampai sakit kepala. Mata berair menahan sakit.Rasa kepala berat, kalau dapat tidur sedapnya. Bole… Read More
  • copy pasteBarangkali anda rasa keliru. Apa sebenarnya “pelaburan” yang terbaik? Jumpa Anwar, dia kata Putrajaya. Jumpa Najib dia kata kelengkapan tentera. Jumpa… Read More
  • camera cctv Product Overview: Dome IR Cameras, Affordable and Feature Rich These discreet, Mini Dome cameras are standard with IR illumination, making the… Read More
  • Beckham oh BeckhamAccording to the Sun, the stunt was an attempt by the Italian TV show Le Iene to determine whether he is as endowed as he appears in Armani ads. The r… Read More
  • projek cctvBarang yang ditunggu dah pun sampai 2 hari lepas.Hampir 3 minggu baru dapat.Barang ni aku order dari Hong Kong.Bila buka bungkusan, aku tengok cd driv… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats