Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, March 25, 2010

jadi mc gyver

Gara-gara mrs mama tertinggal kunci rumah dalam rumah pagi tadi, aku terpaksa balik sekejap tghari tadi untuk menyetelkan problem ni. Pintu mesti dibuka sebelum abes kereja supaya tidak jadi kucar-kacir depan rumah petang nanti.

Sambil memandu kereta dengan tenang, otak aku berputar mencari jalan apakah teknik Mc Gyver yang nak digunapakai untuk buka pintu tanpa menggunakan anak kunci. Dulu pernah jadi sekali kes yang sama, tapi time tu ada pintu rahsia yang tak dikunci. Selamatlah boleh masuk walaupun terpaksa panjat satu tingkat. Haha. Kali ni semua jalan masuk ditutup.
Macam mana pun, pintu mesti dibuka sebelum jam 5.30ptg walau apa cara sekali pun. Sambil memandu makan angin panas tengahari, aku teringat ada beberapa keping plastik yg dilaminate nipis dan 1-2 kad kesihatan yg telah expired ada simpan dalam kereta. Ahaaa..ini boleh bikin jadi kunci..aku amik 2-3 keping masuk poket..kot2 berguna nanti utk kerja-kerja mc gyver ni.

Sebelum sampai rumah, aku pekena makan tghari dulu kat kedai nasik campur orang kelantan. Kasi perut kenyang dulu, baru sedap nak buat kerja keras tangan ni. Dah siap makan, aku bergerak dengan bergaya ke rumah macam tak ada apa-apa masalah berlaku.
Sampai depan rumah, aku buka pintu grill yg tidak berkunci. Nasib baik juga grill tak kunci. Kalu tak, lagi banyak kerja nak kena bikin.

Aku cuba pusing-pusing tombol kunci tu..agak longgar juga. Kalu kasi ketuk ni boleh jadi pecah pintu. Tapi aku tak mau lah pintu & kunci tu rosak dulu kecuali tiada pilihan lain. Kemudian aku keluarkan kad plastik tadi, dan dengan skill yg sempat aku belajar waktu dulu-dulu, aku godek-godekkan tempat kunci tu...ahaahh..tak sampai seminit dah terbuka..Leggaaaa rasanya.
Terus aku masuk ambik kunci dan mata scan sekejap dlm rumah, pastu keluar dengan hati yang riang gembira sebab berjaya membuka pintu tanpa mengeluarkan setitik peluh. Tak sia-sia aku belajar teknik ni dulu-dulu.

Waktu kecemasan macam nilah berguna. Tapi tengok jenis kunci jugak la.
Bukan semua boleh buat macam ni. Kalu kunci jenis mahal, mintak maap la. Pecah pintu ajalah jawabnya. Nasib baik kunci rumah aku ni jenis yang biasa-biasa yang org biasa pakai. Beli kat hardware pun murah saja.

Nota1: Kerja pecah pintu ni aku buat kat rumah sendiri saja yaa. Rumah orang aku tak buat yaaa...
Nota2: Masa balik tadi, ada anak kucing mati kat depan rumah. Cleaner tengah ambik nak buang. 2-3 hari lepas aku ada nampak kucing ni macam sakit. Tak sangka pula dia mati hari ni.

2 responds:

irbas said...

nasib baik ada skill

madeeaziz said...

skil yg dah nak karat sbb lama tak guna..haha

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats