Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, March 30, 2010

sekitar PBAKL2010


Aku suka baca blog orang. Rasa macam tak cukup masa nak baca semua sampai banyak article yang tak sempat aku follow..hehe. Bila pula nak baca buku? Al-Quran pun baca kadang-kadang aje time rajin. Apalah nak jadi macam ni. Quran ni kalau lama tak baca, boleh jadi tergeliat lidah juga nak bagi lancar.


Masa pergi PBAKL2010 sabtu lepas, aku sempat beli 6 buah buku ana muslim  untuk anak-anak, itu pun berpeluh juga nak serbu masuk booth tu. Entah apa ke nama booth tu, tak sempat nak tengok.. Sempat pusing-pusing sekejap sambil dukung anak tidur. Elok masuk aje tempat ada air-cond, terus nak tidur..huhu. Tak boleh tahan lah nak bertolak-tolak sambil dukung anak ni. Aku cari jalan keluar dan terus balik. Bila keluar dari tempat tu, bangun pula anak aku tu..Panas kot. Hampir sejam juga kat sana. Photo pun tak sempat nak ambik. Aku pergi dengan 2 orang anak dara, mama nya tinggal di rumah dengan si kecil Erriana.


Banyak booth yang tak sempat aku lawat. PBAKL ni tak banyak beza dengan tahun dulu-dulu. Aku tak puas hati sangat dengan susunan booth yang berselerak, tak tau mana aku nak start dulu. Patutnya kena buat one-way macam kat PC fair, barulah semua booth dapat lawat. Lain tahun nampak gayanya nak kena pegi sorang lah, baru puas hati nak belek-belek buku.

Related Posts:

  • tip jual keretaPengalaman jual kereta kat mudah.com.my. Bertalu-talu handphone menerima panggilan masuk bertanyakan pasal kereta kelisa yg aku jual tempoh hari. Naik… Read More
  • cerita hari ini.Ini hari pergi zoo negara malaysia yg terletak di ulu kelang kerana ada aktiviti anak-anak tadika. Pagi-pagi bangun kejutkan anak2 mandi & bersi… Read More
  • nota kerja hari iniCV207 Ch.A - uniformity o.o.s >2x. spec <3%. result 3.3%, 3.4% action taken: -ramp down temp from 400 degC to 25degC (setengah hari tunggu) -le… Read More
  • selsema batuk penyakit biasaLepas balik daripada kampung itu hari, kena selesema pula. Dah seminggu belum baik-baik lagi. Bila masuk tempat yang ada aircond, lagi lah teruk sam… Read More
  • apa ceritaMufti Perak kata poco-poco haram. Majlis fatwa kebangsaan kata tak haram. Rujuk sini. Mana satu yang boleh pakai? Fatwa apa macam ini. Orang Islam pen… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats