Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, April 27, 2010

rezeki makan

Jam 12 tghari biasanya aku dah ready nak keluar makan. Tapi hari ni rasa macam tak lapar pula. Aku tunggu juga kat office kalau-kalau nak rasa lapar ke sekejap lagi, boleh terus keluar makan sebab kalau dah masuk bilik bersih, malas dah nak keluar lagi.
Ahh..tak boleh jadi dok tunggu lapar ni, buang masa saja. Baik aku buat kerja yang berfaedah.

Aku masuk semula bilik bersih jam 12.30 tghari saat orang semua keluar. Sebenarnya kalu ikut peraturan, tak boleh. Ahhh..pedulikan, janji kerja aku siap. Kerja ni patut minggu lepas dah buat tapi sebab ada benda lain lagi penting nak buat, kerja ni aku abaikan dulu. Kerja apa? kerja menukar chiller. Nak buat kerja ni, system kena kasi down. Spanar, playar, air, white tape, elektrik, hose semua kena pegang. Macam plumber dah jadinya. Sebelum tu, berpusing-pusing hampir 1 jam juga mencari alat-alat. Akhirnya kerja siap.

Jam 2.30ptg siap. Time ni perut dah mula minta di isi makan. Ahh sudah, mana nak makan time macam ni.Nak keluar dah lewat sangat.
Tak apa lah, makan nanti balik petang nanti lah. Bukannya payah sangat nak tahan lapar sikit. Aku pun terus ke surau. Kemudia jumpa dengan member bgtau ada makan-makan kat facility. Bila sampai sana, org facility terus panggil makan.

Alhamdulillah, rezeki aku sampai juga tengahari ni, tak payah tunggu sampai petang. Betullah, rezeki Allah ini ada di mana-mana saja. Tak perlu risau, tak perlu rungsing. Dalam Quran pun ada sebut, ini orang panggil ayat seribu dinar. Banyak orang jual ayat ni buat gantung dalam premis kedai dan juga rumah kediaman walaupun penghuninya belum tentu tau baca.



Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Dept diorang ada buat jamuan nasi tomato, air sunquick, kuih lapis, buah timun cina, dan berbagai2 jenis lagi. Aku tanya juga buat makan-makan sambut apa? Katanya sempena 13 tahun penubuhan dept facility. Huu..lama juga tu, lebih kurang sama dengan tempoh aku kerja di sini...hehe.

Related Posts:

  • Banyak guna Internet Otak CergasSATU kajian saintis Amerika Syarikat mendapati pengguna komputer berusia 50-an yang banyak melakukan pencarian maklumat di Internet, merangsang pertum… Read More
  • Jalan jemHari-hari kena tempuh jalan jem.gambar ni aku snap pagi tadi jam 8 pagi masa nak pegi keje.Lokasi: depan pasar borong Selangor.… Read More
  • EPFSesapa yg nak kekalkan potongan EPF 11%, sila isi borang KWSP 17A(AHL).Boleh download kat www.kwsp.gov.my.Jika tidak, potongan akan dikurangkan kpd 8%… Read More
  • minyak oh minyak..Baca dlm utusan melayu hari ni, kerajaan bercadang nak tetapkan harga minimum utk petrol dan diesel. Pandai laaa nak untung..Apsal tak cadang juga utk… Read More
  • Rahsia 7 jari..1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 &angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". ItulahRukun Islam yang mesti dijunjung.2. Straight kan jari … Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats