Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, May 05, 2010

kemalangan kecil di taman equine.

Entah apa malang nasib tengahari ini, niatnya nak hantar anak balik sebab demam. On the way masa nak masuk simpang ke Mc.D beli bubur plain, tiba-tiba muncul sebuah motorsikal. Dekat sangat dah tak sempat elak..Pasrah saja. Dummmm...dia langgar pintu depan sebelah penumpang. Aku nampak orang tu jatuh. Aku pusing kereta dan parking tempat selamat. Kemudian aku tengok orang tu bangun tolak motorsikal ke tepi.

Aku keluar kereta dan terus pergi ke tempat orang tu tengok keadaannya. Aku tengok ada luka-luka sikit pada siku & leher dia dan aku minta maaf sama dia sebab aku tak nampak langsung dia tadi. Entah dari mana muncul, tiba-tiba sudah langgar kereta aku. Aku tengok muka orang tu pucat juga, mungkin terkejut barangkali. Budak lagi, umur dalam 20-an. Kemudian dia tengok motor dia, fork depan ada bengkok sikit. Motor honda EX5 plate kedah.

Dia tanya aku "habis tu nak kira macamana nih, fork dah bengkok". Aku tengok sikit aja bengkok dalam 10 darjah. Raga motor pun bengkok juga. Atas rasa sedikit bersalah dan bertanggungjawab di atas kejadian tu, aku jawab "nak buat macamana lagi, dah bengkok, kena pegi kedai aje lah repair. Ada kedai motor kat atas tu, kita pegi sama-sama dan tanya berapa kos repair, nanti saya bayar lah".

Sebelum bergerak ke kedai motor tu, aku tengok juga keadaan kereta. Huhh..ada kemik sikit. kalau nak buat kasi cantik balik, mau terbang 2-3 ratus juga nih. Sampai kedai motor aku terus tanya cina kedai tu, "bos, ini kalau betulkan berapa haa?". Aku tanya cina kedai tu sambil tunjuk fork.
Dia belek-belek sikit, kemudian jawab "lima belas ringgit, ini nak kena pump balik".
Aku : "berapa lama boleh siap?"
Cina: "sekejap saja."
Aku: "Ok lah. u buat lah".

Sambil cina tu betulkan fork motor tu, budak tu tanya aku. "bang, ini bakul pun bengkok, macamana?"
Aku: "ini besi saja, boleh betulkan, nanti saya suruh dia buat sekali."
Aku beritahu cina tadi pasal bakul tu, dia cakap itu tak boleh betulkan. Kena tukar baru. Huk alaaahai..

Aku: "kalu tukar berapa harga".
Cina: "lapan belas ringgit".
Aku: "Ok lah, u tukar sekali lah".

Sambil menunggu siap, aku tanya budak tu.
Aku: "keje mana?"
Dia: "jusco"
Aku: "awak dari mana tadi, saya memang tak nampak."
Dia: "saya follow kereta depan tadi, ada kat sebelah, tiba-tiba nampak kereta abang masuk simpang, nasib baik saya slow sebab dulu saya pernah accident juga. Time kat simpang saya memang bawak slow." sambil tu dia tunjuk bekas parut di betis dia. Nampak betis dia ada bengkok sikit.
Dia: "ni patah ni dulu, tu tadi saya risau takut patah lagi."
Aku: "patut la saya tak nampak, awak terlindung belakang kete tadi rupanya, tapi macamana pulak kete tu boleh lepas?"
Dia: "entah la, dah nak jadi nak buat macamana."
Aku: "keje ke hari ni?"
Dia: "saya cuti hari ni. minggu depan nak ke shah alam. dapat kerja kat sana pulak."
Aku: "Ok."

Lebih kurang 20 minit, cina tadi beritahu dah siap sambil pusing-pusing tayar. Nampak rim ada bengkok sikit. Dah la pakai rim sukan. Budak tu cakap "Tak pa lah rim tu, nanti saya repair sendiri lah, kete abang pun nak kena repair juga tu."
Aku: "Ok lah, ye lah. Mau 2-3 ratus juga tu nak repair."

Kira-kira semua, tiga puluh tiga ringgit kena. Aku bayar kat cina kedai tu, lepas tu salam sikit sama budak tu sambil minta maaf lagi. kemudian terus balik hantar anak ke rumah pengasuh.

Kereta aku tu nanti dululah. Boleh jalan lagi. Lain kali nak try check kedai berapa kos kalau kasi repair.

Moral: Walau cermat macamana pun bawa kenderaan, kalau dah nak jadi kemalangan tu, memang kita tak boleh nak elak. Kena terimalah seadanya. Walaupun begitu, sentiasa berwaspada, buka mata luas-luas dan berhati-hati semasa memandu supaya kecederaan dan kerosakan teruk dapat dikurangkan.

Ni lah rupa kereta yang dah kemik.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats