Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, June 20, 2010

ayam berkokok

Baru mata nak pejam, tiba-tiba dengar ayam berkokok sahut-sahutan. Bunyi kuat, sangat dekat dengan telinga. Bila terjaga, tengok anak 2 orang sedang duduk dengan mata melilau-lilau mencari arah bunyi ayam tersebut. Rupanya mereka belum betul-betul tidur lagi.

"Pa, bunyi apa tu?". Anak aku tanya.
"Bunyi ayam lah, tidur, awal lagi ni". Aku jawab.

Anak-anak pun terkejut bunyi ayam berkokok. Tak pernah dengar sebelum ni. Aku sendiri pun rasa pelik juga sekejap. Kemudian baru sedar aku berada di kampung. Kampung kakak aku. Rasanya kat selasih tak ada  lah kuat sangat bunyi ayam. Ini bunyi betul-betul di bawah rumah. Dekat setengah jam juga berkokok.

Lama betul tak mendengar ayam berkokok awal pagi. Waktu tu lebih kurang pukul 3.30 pagi. Last sekali aku dengar ayam berkokok ni bila entah. Lama dulu. Kalau di kampung-kampung memang tak heran bunyi ayam ni. Tapi sejak duduk di kawasan bandar, memang tak ada dengar bunyi ayam ni. Bunyi kenderaan banyak lah.

Tulis pasal ayam ni, teringat dulu-dulu aku pernah mengepung ayam untuk dibuat sembelih. Mencabar juga kerja kejar mengejar ayam ni. Mula-mula bagi umpan makanan, bila nampak ayam leka mematuk, aku gerak slow-slow ke belakang nak pegang. Tapi ayam ni hebat juga, dia tau kita nak tangkap dia. Apa lagi, terus lari lah dia. Kerja mengejar ayam ni tak boleh buat sorang, tak dapat punya, Paling kurang kena ada 3-4 orang baru sedap mengejar. Biasanya dapat tangkap bila ayam ni dah penat berlari. Dia akan sembunyi di celah-celah pokok pisang atau di balik semak-semak. Time tu la baru boleh tangkap.

Entahlah sekarang, ada lagi tak budak-budak kampung disuruh kejar ayam utk dibuat sembelih. Beli ayam yang dah siap proses lagi senang. Banyak tempat dah ada jual ayam proses.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats