Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, August 26, 2010

bulan penuh bulan Ramadhan

Malam tadi semasa keluar dari rumah menuju Kajang, aku lihat ke langit dan nampak bulan yang bulat dengan cahaya yang sangat terang. Disekelilingnya terdapat tompok-tompok kecil awan putih. Subhanallah...Sangat cantik sekali ciptaan tuhan Yang Maha Esa. Rasanya dah lama aku tak nampak bulan bersinar terang seperti malam tadi. Kalau lah malam tadi lailatul qadar, rugilah aku sebab tak sempat nak berjemaah di surau.

Kemudian baru aku teringat, rupa-rupanya kita dah berada separuh bulan dalam bulan Ramadhan ni. Bulan penuh, bulan purnama, bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Mudah-mudahan separuh masa yang tinggal ni, lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.

Cerita pasal bulan ni, dulu-dulu zaman takde kerja, aku pernah teropong bulan pakai teleskop. Teleskopic murah cap ayam. Excited nak tengok apa benda ada kat permukaan bulan tu. Masa tu bulan penuh, terang benderang macam yang aku tengok malam tadi. Bila tuning betul-betul teleskopik tu, boleh nampak kawah-kawah kat permukaan bulan tu. Masyaallah, hebat betul ciptaan Allah. Makhluk asing tak nampak lah pulak.
nota:gambar dari google. gambar sebenar tak snap sebab tak bawa camera.

Balik dari Kajang, singgah pula di klinik ambil ubat anak no.2 demam. Ambil ubat di kaunter saja tanpa jumpa doktor. Cepat. jam 10 juga sampai rumah.

Surau kat rumah aku ni, orang dah habis solat terawih. Selalunya jam 9.45 tu dah siap witir, wirid, doa sekali. Aku lalu tepi surau, beberapa orang jemaah sedang makan-makan moreh. Aku nampak ada 4 orang saja, tu pun orang-orang yang biasa ke surau. Pak imam yang selalu jadi imam masa bukan bulan puasa, tak ada. Dia berjemaah di surau lain, surau yang lebih meriah dan lebih ramai.

Awal-awal puasa dulu, aku pun ada test juga 2-3 surau yang berdekatan. Memang jauh bezalah dengan surau tempat aku ni. Surau tempat lain tu, nampak hidup sikit dengan ibadat terawih ni. Ada tazkirah pendek sebelum terawih. Ada setengah surau tu, buat tazkirah selepas 4 rakaat  terawih. Macam-macam stail. Bagi aku, sedap lagi buat tazkirah sebelum terawih.

Tahun ni, tazkiran masa terawih memang boleh dikatakan wajib ada di kebanyakan surau, sehingga banyak ustaz-ustaz tak menang tangan menerima jemputan. Kalau 2-3 tahun lepas, nak buat tazkirah memang susah. Kadang tu nak kena tunggu line clear dulu baru boleh buat. Maklumat ni diberitahu oleh seorang ustaz masa tazkirah zohor kat tempat kerja tempoh hari. Ustaz tu pernah kena, katanya AJK masjid (tak diberitahu pula masjid mana) suruh standby dulu dalam kereta, tunggu line clear baru boleh keluar. huhu..Macam-macam hal. nak bagi kuliah/tazkirah pun sampai begitu sekali.

Sambung lain kali lah...aku bukannya reti nak cerita panjang-panjang ni. Tulis ikut keluar kat kepala saja. huahuahua...selamat berpuasa kepada aku dan orang yang baca ini. wassalam..

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats