Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, September 29, 2010

makan open house

Huh..lama juga tak masuk blog suka-suka ni. Apa mau cerita daa hari ni. Last entry hari tu masa hujung bulan posa. Ni dah nak abis bulan raya, baru update sekali. Biasalah, nama pun blog suka-suka. haha

Bulan ni, yakni bulan syawal, ramailah berebut2 nak buat open house. Biasanya kat bandar2 je org buat open house, kalu kat kampung, rasanya jarang orang buat, maklumlah, rumah kampung sentiasa open sebab orang sentiasa ada kat rumah. Kalu kat bandar ni, kat rumah jarang ada orang, masing2 sibuk bekerja. Kalau ada pun hari minggu saja, itu pun kalau tak ada program jalan-jalan makan angin cuci mata kat mana-mana.

Kalu buat open house, kena ada makanan yg special sikit, makanan yg berat2 lah macam nasik minyak ke, nasik ayam ke, kambing bakar ke,. Kalau cakap open house tapi hidang biskut raya/kerepek aje, takde lah orang datang..hehe

Bagus amalan open house ni, sekurang-kurangnya dapat eratkan hubungan antara saudara mara, jiran2 dan rakan-rakan sambil  menjamu selera. Ada kualiti hidup orang kata. Nak buat open house pun, kena fikir juga pasal budget, masa, berapa orang jemputan dsb. Kalau semua ok, boleh lah buat.

Aku pun ada juga ke beberapa rumah yang buat open house, ada makan nasi dagang, mee sup, nasi minyak, mee goreng dan kuih muih serta biskut raya. Makan nasi lauk ikan goreng pun ada. Alhamdulillah. Esok lusa ni company kat tempat aku kerja pula buat open house. Lepas ni ada lagi team ert buat. Rezeki makan murah di bulan syawal.

Ada juga yang jemput open house pakai facebuk. Ada yang jauh, ada yang dekat.  Kalau yang dekat tu boleh la pergi, kalau jauh tu susah sikit.

nota: tulis blog sambil pekena neskepe 3 in 1. Lepas tu susah nak tidur.

Related Posts:

  • sahamUntung betul orang yang ada saham banyak di bank rakyat. Dapat dividen 15% tu. Aku ada rm500 saja dlm tu. Kalu saham tu di buka lagi, nak juga aku top… Read More
  • hantu..Bukan aku jumpa hantu. Tapi sejak akhir-akhir ni, banyak pulak keluar cerita hantu kat TV. Lepas satu habis, keluar pula yang lain. Sebelum ni ada dra… Read More
  • exerciseLama aku tak exercise keluarkan peluh ni. Jadi aku ambil keputusan keluarkan peluh dgn mencuci kereta. Ni kira first time aku cuci kereta sendiri seja… Read More
  • DIY regulated power supplyAku ingat, dah lebih 10 tahun aku buat unit power supply ni. Component utama adalah IC LM317T dan beberapa component lain seperti transformer, fius, r… Read More
  • esok cutiEsok cuti umum.sempena hari maulidur Rasul 1431 Hijrah. Selamat bercuti kepada semua. Cuti ni mesti kena cari baby sitter utk anak bongsu. Sampai seka… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats