sekolah & tahun baru
Sejak sekolah buka ni, letih sikit berbanding masa cuti sekolah. Maklumlah, pagi-pagi nak kena siapkan 2 anak hantar sekolah. Sekolah jauh pulak tu. Lebih kurang 30km ikut jalan ada toll yang kurang jem. Jalan dekat ada tapi lambat sebab jem tak hingat punya. Nak boleh sampai ke sekolah, sempat lagi tertidur dalam kereta.Banyak masa habis dlm kereta saja. Kos minyak saja dah terbang rm10 sehari.
Patut la ramai ibu bapa yg ada anak sekolah suka bila tiba musim cuti sekolah. Rupanya boleh relax sikit, tak perlu kelam kabut pagi-pagi hari. Kalau ada anak ramai lagi haru biru terutamanya jika kedua ibu bapa adalah orang yang bekerja.
Nak urus diri sendiri satu hal, nak urus anak satu hal. Pendek kata kalu nak sedap, kena bangun pukul 4 pagi lah.
Satu hal lagi aku perasan kat pejabat pos orang ramai lebih drp biasa terutamanya awal tahun ni. 2-3 kali aku pergi memang full. Kena queue lama juga lebih 50 orang baru sampai turn aku. Letih betul la macam ni. Aku syak ramai org masing-masing nak keluar duit pelaburan asb hasil simpanan setahun. Banyak nak pakai duit awal tahun ni, daftar anak sekolah saja dah dekat seribu, atau lebih. Tu baru sorang, kalau ad anak 5 macamana? Dunia sekarang mmg kena ada duit banyak baru sedap hidup. Tambah lagi duduk di bandar besar. Kalau gaji kecik memang sengsara la jawabnya.
Dah pukul 12 lebih ni, pekena tidur dulu lah. Esok rutin macam biasa.

0 responds:
Post a Comment