Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Saturday, February 19, 2011

tukar milik

Pagi tadi pergi jpj tasik permaisuri cheras. Sampai sana jam 8 pagi. Adalah 2-3 orang yang sampai awal. Aku tanya kat kaunter nombor, tunjuk form yg dah diisi siap-siap dari rumah. Owner baru dah sign semua borang, ic photostate pun dah ada. Rupanya tak boleh juga, kena cop borang tu kat pesuruh jaya sumpah dulu.
Aduuussss...ni yang lemah ni..ingat boleh siap cepat..aku bajet dlm 15 minit boleh siap.

Tanya makcik yg jaga kaunter nombor, dimana ada pesuruhjaya sumpah yg berdekatan? Katanya ada satu dihujung bangunan kedai sederet dengan jpj ni.
So, aku pun terus ke sana. Memang ada, tapi pintu masih berkunci. Jam dah 8.15.
Tanya kedai sebelah, katanya jam 11 baru buka. Alamak..biar betul. Aku dah le tak apply cuti. Bajet pukul 9 nak masuk keje. Kemudian aku perasan ada sorang makcik ni berdiri tepi pintu berdekatan. Nampak gaya macam tunggu pesuruh jaya sumpah juga. Aku pun tanye le, jam berapa ofis ni buka, dia cakap jam 8.30, katanya selalu dia berurusan kat situ. Fuhh..lega sikit rasanya.

Sambil2 tunggu ofis tu buka, aku lepak kedai mamak berdekatan pekena roti canai sekeping sama teh tarik gelas kecik. Belum pun separuh minum, ofis tu buka. Pukul 9 juga dibuka. Kat dalam tu makcik tadi dah menunggu. Selesai saja dia, turn aku pula. Pesuruh jaya sumpah tu tanya nak buat apa, aku bgtau le tujuan aku ke situ sambil hulurkan borang & ic photostate owner baru tu.
Kemudian dia sign & cop. Upah RM5 shj.

Lepas siap cop pengesahan, aku terus ke jpj, ambil nombor. Tak sempat duduk, nombor aku dipanggil. Aku bagi dokumen yg dah siap ditulis, akak jpj tu cek, semua ok. Bayaran tukar nama RM100. Cepat juga siap tak sampai 10 minit kat jpj sebab orang tak ramai.

Dah siap semua tu, aku pun terus ke ofis. Jam 10 juga baru sampai. Nasib baik naik motor, takde la kena jem. So, kesimpulannya, tukar milik kenderaan ni takde la susah, cuma dokumen nak kena cukup dan betul.

2 responds:

Unknown said...

Assalamualaikum. Nak tanya pesuruhjaya sumpah yang awak pergi tu dekat permaisuri kan? Rasanya kalau saya mewakili penjamin penjamin saya lepas tak nak dapatkan cop tu?

madeeaziz said...

rasanya boleh lepas...cubalah dulu

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats