Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, June 13, 2011

ubat resdung tradisional

Masa balik kampung baru-baru ini, sempat juga aku berjalan-jalan di pasar tani Kuala Besut melihat aktiviti jual beli yang diadakan setiap pagi hari Jumaat. Sedang berjalan-jalan di celah bayang-bayang payung peniaga, aku terdengar melalui pembesar suara, celoteh orang jual ubat. Dalam banyak-banyak ubat yang dijual, ada satu yang aku tengah cari iaitu penawar resdung. Sebabnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku selalu saja diserang penyakit alahan resdung terutamanya di waktu pagi selepas mandi. Bersin & gatal hidung memang acara wajib setiap pagi.


Kata penjual ubat tu, ubat ni hanya ikhtiar saja, kalau serasi dengan kita insyaallah mujarab. Dari jauh aku tengok ramai juga orang beli. Jadi aku pun pergi dekat sikit. Tanya harga & macamana nak guna ubat ni. Harga dia RM10, dalam paket tu ada 20 biji. Bau dia...hmmmm...bau maajun, dan sekeping kulit kayu..katanya percuma. Ntah apa nama kayu tu aku pun dah lupa, tapi bau ubat tu dengan kulit kayu tu lebih kurang sama.

Ubat tu katanya untuk bersih darah manakala kayu tu pula, boleh asah dengan sedikit air dan sedut sikit masuk hidung. Kalau orang ada resdung, nanti akan keluar lendir/hingus dari hidung. Kayu tu aku tak usik apa-apa pun lagi, cuma ubat tu aku dah makan. Tinggal 2-3 biji saja lagi.

Kesannya, alhamdulillah sampai sekarang dah lebih seminggu nampaknya mujarab. Bersin & gatal-gatal hidung di waktu pagi nampaknya telah hilang. Tak tahu lah berapa lama boleh bertahan sebab menurut doktor, resdung ni susah nak berubat sebab ianya penyakit keturunan. Ubat klinik pun ada utk penawar resdung ni, tapi ikut pengalaman aku, sekejap saja baiknya. Lepas 2-3 hari kalau tak makan ubat, penyakit tu datang balik.  Harap-harap lepas ni bersin/gatal hidung tak menyerang lagi.

2 responds:

armouris said...

lagi info tentang resdung di SIHAT SELALU - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

safiah adibah said...

Resdung boleh hilang dengan syarat mahu dan tidak kedekut wang...

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats