Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, October 11, 2011

akhirnya P1 dalam tangan

Kemarin, ketika meronda-ronda pusing kawasan sambil makan angin petang di sekitar kawasan ini, aku ternampak satu kereta P1 Wimax tengah parking berdekatan lot-lot kedai. Sebelah kereta tu, ada satu payung dan aku nampak ada satu orang yang pakai baju T P1 Wimax tengah menyusun file yg ada atas meja di bawah payung tu. Aku kemudian tergerak hati untuk singgah bertanya tentang broadband P1 wimax ni. Walaupun aku selalu melawat website P1 sebelum ni, tapi apa salahnya terus bertanya ejen yang ada di situ secara terus pasal P1 ni. Mana tau kot-kot ada promosi terbaru.

Kemudian aku parking kereta berdekatan kereta P1 tersebut dan terus menuju kepada seorang promoter yg ada di situ. Aku terus tanya "apa promosi terbaru P1 sekarang?." Dia pun terus keluarkan brosur yg ada dan bercerita panjang lebar pasal P1, term & condition dan sebagainya.

Setelah berpuashati, aku keluarkan RM100 yg ada dalam poket, terus membuat pendaftaran. Aku ambil pakej paling murah RM59/month. Max speed 1Mb. Kuota data 5Gb/month. Katanya dalam masa 1/2jam boleh guna. Kemudian dia beri modem. Sebelum ni, tak silap 2 tahun lepas aku pernah pakai sekejap P1 ni, kawan punya. Saja pinjam nak test signal, kuat atau tidak. Masa tu, ok la juga dapat signal walaupun tak kuat. Sekarang ni coverage dia dah luas sikit berbanding dulu.


Jadi, malam tadi aku terus test. Modem letak kat tepi tingkat dan adjust sikit kedudukan kiri-kanan supaya dapat signal paling kuat. Wow, boleh tahan juga laju dia kalau nak compare dengan streamyx yang aku pakai dulu. Harap-harap speed d/load & u/load ni kekal macam ni. Barulah syok layan internet.


Sebelum ni aku plan nak cari umobile, tapi payah juga sebab center dia tak banyak. Lagi pun mengikut apa yg aku baca dlm forum-forum, modem jenis USB ni tak berapa sesuai kalau nak guna kat pc desktop dalam rumah.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats