Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, October 18, 2011

firefox vs chrome

Setelah sekian lama melayari internet menggunakan serigala melingkar, akhirnya aku beralih kepada chrome selepas mendapati chrome lebih pantas bekerja berbanding serigala. Sekarang ini aku cuba-cuba menyesuaikan diri dengan chrome, layout dia, dan config yang ada dalam tu. Kalau sebelum ni, pakai serigala kadang-kadang berhenti secara tiba-tiba bila loading banyak page. Tak tau pula apa sebab, barangkali RAM tak cukup besar nak simpan data yang masuk. Maklum sajalah, desktop di rumah bukan canggih mana pun. Cukup-cukup untuk masuk internet pakai ubuntu. Kalau pakai window rasanya terus jem komputer ni.



Di tempat kerja, sekarang ni aku jarang masuk internet, sebab banyak kerja nak buat. Dry pump banyak lagi nak kena service. Tahun 2011 dah nak sampai penghujung. Kerja tahun ini, nak kena settle tahun ini juga. Equipment pun selalu saja buat hal. Equipment lama, memang nak kena jaga betul jangan bagi down yang berat-berat. Spare part payah juga nak dapat.

Apa-apa pun, hal kerja buat seperti biasa sebab kita kerja untuk hidup saja, bukan hidup semata-mata untuk bekerja. Sementara badan sihat dan akal masih waras, gunakanlah peluang yang ada untuk mencapai hidup yang berkualiti, dan yang lebih penting, kehidupan yang diberkati oleh Allah Yang Maha Pencipta.

"Tunjukkanlah kami jalan yang benar, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat".

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats