Negara besar pun hutang banyak..
Sumber dipetik daripada akhbar Kosmo. Negara paling banyak hutang adalah AS. Hutang terkini mencecah RM47.39 trilion. Banyak betul. Datuk Saleh Majid kata, krisis AS tidak jejaskan ekonomi Malaysia. Betul ke Datuk?
Profesor Pelawat Fakulti Ekonomi UUM, Prof Amir Husin Baharuddin pula kata, negara yang bergantung kepada nilai wang dolar US akan terjejas. Negara ini adalah seperti Jepun, China, India & negara-negara Eropah. Katanya AS tidak akan dapat langsaikan hutang jika terus amalkan sistem kapitalis.
Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin pula kata, pada masa depan AS mungkin akan kurangkan perbelanjaan negaranya secara drastik. Ini akan menjejaskan negara yang banyak mengeksport produk ke AS. Bila AS kurangkan perbelanjaan, maknanya eksport produk ke AS juga kurang dan secara tidak langsung akan menjejaskan negara pengeksport .
Datuk Salleh kata, Malaysia adalah antara pengeksport pelbagai produk ke AS. Malaysia juga masih bergantung kepada rakan dagangan lain seperti China, Jepun, India, Indonesia serta Singapura.
Kalau kita tengok kebelakangan ini, banyak negara yang huru-hara pasal pentadbiran negara yang kucar-kacir dan salah urus harta. Baru-baru ni, Greece yang juga salah satu negara yang banyak hutang (RM1.48 trilion), juga menyebabkan Perdana Menterinya letak jawatan kerana gagal dalam memulihkan ekonomi negaranya.
Entahlah, kita tunggu sajalah apa nak jadi seterusnya. Tangan-tangan yang berkuasa atau pakar-pakar ekonomi mungkin ada caranya tersendiri bagaimana untuk selesaikan masalah ekonomi yang begitu kronik ini.
Malaysia, dalam proses untuk menjaga hati kebanyakan rakyat, telah memberi sumbangan duit sekolah kepada pelajar bagi meringankan beban kos sara hidup yang tinggi pada hari ini. Namun begitu, ada juga sekolah di Kuala Lumpur yang memotong duit ini sebanyak RM50 untuk sumbangan PIBG. Kecoh juga sampai ke pengetahuan menteri. Akhirnya dipulangkan semula kepada pelajar setelah laporan dibuat.
Ada juga sekolah yang cuba ambil kesempatan. Macam-macam hal.
0 responds:
Post a Comment