Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, November 24, 2011

water filter

Setelah sekian lama projek ini tergendala, akhirnya ia berjaya disiapkan juga minggu lepas. Nampak macam mudah tapi disebabkan peralatan tak cukup, kerja jadi payah dan memenatkan. Habis sakit satu badan mengerjakan batang paip yang hampir 10 tahun tak pernah dibuka.

Perancangan menambah satu lagi filter air ni dah lama ada dalam fikiran. Yang membuatkan projek ini terbengkalai lama adalah disebabkan tiadanya peralatan yang sesuai untuk membuka paip yang sedia ada.
Itu pun nasib baik dapat pinjam dengan member. Kalau nak beli, rasanya tak padan sebab aku bukannya tukang paip sepenuh masa.

Bermula dengan melukis rajah, kemudian membuat ukuran untuk memotong batang paip yang sedia ada. Kemudian membeli paip penyambung dan juga filter unit.
Potong batang paip ni buat kat kedai, ingatkan dapat siap cepat rupanya lambat juga sebab pekerja kedai hardware tu tak ada. Nak kena tunggu 3 jam lebih baru siap. Hantar jam 10 lebih, jam 2 petang  baru siap.


Kerja yang paling susah sekali, time nak buka batang paip lama. Rasa macam nak tercabut urat-urat tangan memusing spanar paip. Ketat betul. Akhirnya setelah berhempas pulas hampir 2 jam mengerjakan batang paip tu, barulah berjaya dibuka. Lega rasanya. Kerja-kerja memasang takde la rumit sangat sebab ukuran tepat, cuma white tape tak berapa nak cukup. Itu pun sebab 2 kali pasang & buka balik sebab ada bocor sikit. Kerja-kerja ni aku buat time semua orang takde di rumah. Ambil cuti khas satu hari. Start kerja 8.30 pagi sampai .30 petang baru siap. Macam office hour. hahaha


Ini filter yang asal, DIY juga. Hampir 8 tahun  melekat di sini. Dalam seminggu, filter mesti hitam. Kalau tak tukar filter baru, air warna coklat akan melekat pada pakaian yang di basuh. Kualiti air sangat teruk. Dalam rumah ada satu lagi filter untuk air minuman. Beyond energy water daripada zhulian. 8 tahun dulu beli dengan kawan yang datang promote kat rumah. Mahal juga. Sekarang ni banyak jenama water filter di pasaran. Harap filter ini dapat menapis segala kekotoran yang ada dalam air.

Filter yang telah siap dipasang.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats