Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, January 24, 2012

cuti tahun baru cina

Tahun ini orang cina menyambut tahun naga. Macam biasa, bila tiba tahun baru cina, cuti panjang, paling kurang satu minggu. Orang bukan cina paling suka sebab dapat sambut tahun baru cina. Budak sekolah pun suka juga sebab dapat cuti.Orang yang kerja pun dapat cuti juga. Yahooo...
Bulan Feb depan pun ada lagi cuti...Yahooo...

Adakah bila banyak cuti, produktiviti menurun? Banyak pendapat dan kajian pasal benda ni. Ada pro & kontra.


"Ini bukan soal saya sebagai usahawan, kapitalis, majikan dan pekerja (saya pun makan gaji juga), tapi soal ekonomi dan produktiviti. Kita ambil contoh yang mudah. Bulan Januari ini ada 31 hari. Tolak cuti mingguan dan cuti umum, tinggal 19 hari saja hari kerja, tapi gaji tetap sebulan. Yang kerja lebih masa pada hari cuti umum dapat gaji dua kali hingga tiga kali ganda.
Gaji 31 hari, tapi produktiviti 19 hari saja. Bulan Februari ada 29 hari. Cuti mingguan lapan hari. Cuti umum atau ganti cuti umum yang jatuh pada cuti hujung minggu tiga hari (bagi Wilayah Persekutuan). Campur semua jadi 12 hari. Hari kerja tinggal 17 hari. Gaji 29 hari, tapi produktiviti 17 hari saja.
Cuti Jelas Produktiviti
Dengan macam-macam pihak tuntut cuti umum bagi perayaan masing-masing, tidak hairanlah kalau kita lebih banyak bercuti daripada bekerja. Saya tidak tahu macam mana kita hendak jadi negara berpendapatan tinggi kalau asyik cuti saja.
Itu belum ambil kira cuti tahunan, cuti sakit, cuti belas kasihan, cuti kecemasan, cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti buat amal ibadat dan cuti memang bola sepak. Nasib baik sukan kita tak cemerlang, kalau tidak lagi banyak cuti kemenangan.
Walaupun cuti umum Malaysia hanya 14 hari, tapi negeri-negeri ada cuti mereka masing-masing. Di banyak negara, kalau cuti umum jatuh pada hujung minggu, ia tidak diganti dengan hari kerja." http://kadirjasin.blogspot.com/


Lihat carta berikut.


Related Posts:

  • NGV Kepada pengguna NGV (gas asli), harga gas ini akan dinaikkan mulai bulan September 2015. Apa nak dikatakan lagi, rakyat didahulukan..pencapaian d… Read More
  • Penyakit Bawaan Air Penyakit bawaan air adalah cabaran utama kepada populasi dunia, terutama sekali di dalam negara membangun. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICE… Read More
  • Rahsia Kekal Cergas Tidur & sarapan rahsia kekal cergas SIBUK berkerja hingga tiada masa untuk berehat? Apabila tiba malam, mata sukar terlelap dan keesok… Read More
  • Motor radiator kereta proton wira Tetiba penunjuk suhu kereta aku ni naik tinggi lebih daripada biasa. Nasib baik juga dah dekat nak sampai destinasi. Dalam keadaan enji… Read More
  • Kopi terbaru Ini serbuk kopi terbaru yang menjadi pilihan saya. Wahh...aromanya sangat menusuk kalbu..haha Harganya pun harga patut... Packaging nya pun kemas. S… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats