Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, February 19, 2012

putu mayung putrajaya

Putu mayong ke putu mayam..? Tak tau la mana satu yang betul, tapi kat pasar malam putrajaya ada satu tempat jual kuih ni. Ada tulis kat banner putu mayong. Memang sedap. Kalau lambat datang mesti sudah habis. Kalau nak beli mesti beratur panjang. Harga dia rm2.40 ada 8 biji. Tak besar mana pun tapi boleh dikatakan sedap. Kalau makan 8 biji memang tak terasa apa. Kalau nak tau macamana rupa kuih putu mayong ni, cari kat google je...atau pun type saja putu mayam...haha

2 minggu lepas dah ke sana, tapi disebabkan lambat sampai, stall ni dah pun tutup. Aku sempat ambil no. tepon saja kat banner yg terpampang depan stall tu. Lain kali senang nak order.


Ni promosi percuma tanpa apa-apa keuntungan....hehehe

Banyak juga peniaga kat sana sampai lenguh kaki nak pusing kawasan pasar malam tu. Pasar malam ni dibuka setiap hari selasa & jumaat. Memang majoriti orang kerja kerajaan lah kat sana. Tengok uniform pun dah tau.

Lagi satu yang sedap, roti john unan. Ini pun famous juga di putrajaya. Harga pun mahal sikit berbanding roti john tempat lain. Rotinya kecil saja, tapi ramuan dia sedap. Itu yang ramai orang cari. Tapi masa aku beli roti john ni, tak perlu beratur pun. Ada ayam dan daging, tapi daging yang selalu cepat habis. Tinggal ayam saja.
Mungkin daging ni lebih sedap. Aku beli tak pernah dapat daging. Bila tanya, katanya dah habis. Jam baru pukul 8 mlm. Cepat betul habis.

Lepas pusing pasar malam, singgah solat di masjid putra. Kadang-kadang sebelum masuk pasar malam, solat dulu di masjid sultan mizan. Masjid yang besar tapi tak ramai jemaah. Orang lagi ramai di pasar malam. Apa boleh buat, memang sudah jadi kebiasaan begitu. Walaupun azan berkumandang, pasar malam tetap meriah dan masjid tetap maintain 1-2 saf sahaja, kecuali hari jumaat dan hari raya.

Ada orang cakap, buat masjid di putrajaya salah tempat. Patutnya dibuat di kawasan perumahan yang ramai penduduk. Bukannya buat di kawasan kompleks pejabat. Iyalah, betul juga. Kadang orang bila dah balik rumah, malas pula nak pergi ke masjid. Maklumla, jauh tu. Kecuali orang yang kuat iman. Kalau iman setipis kulit bawang, tipis juga harapan nak sampai ke masjid walaupun ganjaran pahala 27 kali berbanding solat sendiri-sendiri. Ini motivasi untuk diri sendiri dan juga orang yang baca blog ini.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats