Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, May 08, 2012

pesta buku KL 2012


Semalam kali ke-2 pergi pesta buku 2012, sempat bawa balik buah tangan 2-3 buah buku, tapi tak sempat pusing habis semua booth sebab anak-anak dah mengamuk bosan. Kali pertama pergi hari Isnin lepas, tapi tak lama sebab nak kena cepat balik ambil anak sekolah. Ingat nak cari buku terbaru Prof Kamil, tapi tak jumpa.

Kali pertama pergi, silap masuk parking. Ingatkan parking PWTC...rupanya parking hotel...Parking sebelah-sebelah pulak tu...aduyaii..RM7/jam...tak pasal-pasal kena bayar mahal. Masa keluar baru nampak parking PWTC. RM3.50/jam. Bukan apa, ini pertama kali aku ke sana naik kereta. Dulu-dulu naik tren saja.

Kali ke-2 pergi pun naik kereta juga, tapi sebab dah tau tempat parking, senanglah nak tuju. Tahun ni aku rasa orang tak berapa ramai sangat. Lagi satu, susunan booth agak berselerak sikit.

Baru nak mula baca buku Art of Deception, karangan Jerry D. Gray, seorang penulis kelahiran Jerman, dan membesar di Amerika Syarikat. Pernah bekerja sebagai tentera udara US. Sekarang, beliau telah memeluk agama Islam dan memegang kerakyatan Indonesia.

Banyak teori & fakta yang menarik dikupas oleh beliau berkenaan seni penipuan oleh Amerika, Freemason & Zionis untuk menakluk dunia.

Related Posts:

  • minyak dunia..harga minyak dunia dah makin turun...bila la che loh nak turunkan harga minyak kat malaysia ni...naik bukan main cepat..banyak pulak tu...time nak tur… Read More
  • solat Jumaat hari iniHari ni aku gi solat Jumaat kat masjid ukm..kebetulan ada urusan kat sana..terus singgah masjid tu..first time jejak kaki ke sana. Apa yaa tajuk khutb… Read More
  • koleksi doa..Koleksi doa yg dihantar oleh maxis ke handphone aku. FOC shj sepanjang bulan ramadhan.Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon … Read More
  • 16 Sept 2008Hari ini, 16 Sept, seperti yg telah diheboh-hebohkan akan berlaku perubahan dlm pemerintahan negara, nampaknya belum menjadi kenyataan..jadi harga min… Read More
  • bonus sponsor... No.DateDescriptionDebitCreditBalance 1 01/AUG/2008 Balance b/f - - 0.96 2 02/08/2008 02:00 … Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats