Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, August 01, 2012

cerita ramadan

Juz Amma yang panjang-panjang banyak dah lupa. Skrg tengah cuba nak hafal balik. Maklumlah kadang-kadang kena jadi imam solat & terawih kat surau tempat aku ni. Takkan nak baca surah pendek-pendek saja. Bila lama tak baca surah yang panjang, memang cepat lupa. Selalunya time solat, baca surah-surah pendek saja, sebab tu cepat hilang dari ingatan.

Jemaah surau pun kadang-kadang saja ada. Kalau bukan bulan Ramadan, kadang-kadang solat sendirian saja di surau. Kadang-kadang aku pergi ke surau berdekatan yang ramai jemaah.

Minggu lepas, aku ke masjid besi Putrajaya. Ramai. Parking pun susah nak dapat. Saja ke sana nak try suasana ramai orang. Ingat hujung-hujung Ramadan nanti nak try berjemaah di masjid negara pula kalau sempat ke sana. Biasanya time-time penghujung, orang dah tak ramai terawih. Banyak yang buat persiapan nak sambut raya pula.

Sebelum ramadan hari tu pun, aku tengok banyak promosi hari raya kat sesetengah pasaraya. Biasalah di Malaysia, raya lebih utama dari puasa. Kalau puasa sebulan, raya pun nak kena sebulan juga. Lagu raya pun dah mula kedengaran di corong-corong radio. Kat TV belum keluar lagi.

Hari raya nanti plan nak ambil cuti seminggu, tapi tak tau lah lagi bos lepas ke tidak. tapi ramai juga yang plan ambil cuti seminggu. Hari raya nanti sama dengan cuti sekolah, jadi dapatlah cuti lama sikit.

Selsema masih belum baik lagi walaupun dah seminggu berlalu. Sehari sebelum puasa dah kena selsema dan demam. Badan pun jadi lemah. Kat ofis pula duduk dalam suasana air-cond. Lagi parah jadinya. Sebab tu selsema lambat baik.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats