Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, September 24, 2012

repair kereta

Hari Sabtu lepas, pergi jumpa pomen kereta tukar 4 batang absorber wira. Jumpa pomen kawan-kawan di AU3. Beli absorber kat Bangi, kilang Sapura Machining. Ada contact dalam tu, dapat lah harga murah sikit. Harga kilang RM300 4 batang. Absorber brand Sapura Proride. Warranty kilang 6 bulan. Kalau kedai spare part, mahal sikit.

Beli absorber ni 2 minggu lepas. Tapi lambat pasang sebab nak jumpa pomen ni susah sikit sebab kena buat appoitment & kena cari time free. Bila dah buka absorber lama, macam-macam pula nak kena adjust & tuning. Lepas tu ada pula barang yang rosak nak kena ganti.
Stereng rod 2 batang, getah kat drive shaft dah pecah, kena ganti baru. Bila buka drift shaft, kena tukar minyak gear pula. Alang-alang dah masuk bengkel, suruh pomen ketatkan sikit timing belt yg dah longgar. Kira-kira setengah hari juga la kat bengkel. Belum bayar habis lagi ni...tunggu pomen bagi bil..hehe

Lepas siap pasang absorber ni, rasa tak sedap pula bawa kereta. Rupa-rupanya tayar dah senget. Kena buat alignment & adjust chamber.

Hari ni, bawa kereta pergi kedai tayar Kinrara, kedai biasa aku pasang tayar & hal-hal pasal tayar, kat sinilah aku rujuk. Mula-mula plan nak pergi semalam, tapi tokeh dia cakap hari Ahad cuti. So, postpone hari ni. Tengahari tadi, aku lancar ke Kinrara.

Mula-mula plan asal nak buat alignment & adjust chamber saja. Lepas tu pomen bagitau tak boleh buat sebab screw dah habis pusing. Katanya kena tambah washer. Sekeping washer pun mahal, RM30 sebelah tayar belakang. Kiri kanan tayar dah makan RM60. Tayar depan pula sepasang RM40. Lepas tu, tulang anjing pula getah dah haus. Kos tukar tulang anjing ni, RM90. Gila mahal betul. Kalau beli kat kedai spare part aku ingat separuh harga. Patutlah sebelum ni asyik bunyi macam tikus saja kat bahagian belakang.

Ringkasan duit bertukar tangan.
RM300 - absorber 4 batang
RM280 - upah pasang absorber, tukar steering rod 2 batang, tukar bush drive shaft, tukar minyak gear, adjust timing belt
RM200 - alignment 4 tayar, pasang washer, adjust chamber, tukar tulang anjing sebatang.


Tulang anjing proton wira


6 responds:

Unknown said...

salam bro..bole ke tlg dapatkan absorber proride untuk saya dengan harga 300 spasang:) kalo bole email sy dinn.aziz@gmail.com

Anonymous said...

Cari dlm facebook page proride online

luppy said...

Kira murah dah tu..

luppy said...

Kira murah dah tu..

najib said...

Kereta wira saya dah tukar tulang anjing...still bunyi kiuk kiuk....
Ada idea..?

Anonymous said...

Boleh sy tahu macam mana letak washer kalau skrew aligment depan dh habis pusing ye cik. Saya alami masalah yg sama dimana kedai bgtau dh x dpt nk atur alignment. Terima kasih

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats