Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, August 26, 2013

repair aircond

Masalah aircond kereta: Compressor jammed.
Model kereta: Proton Wira

Parts (alat ganti) yang wajib ditukar jika compressor jammed.
1) Compressor
2) Valve
3) Filter

compressor Denso

 Cooling coil, filter & compressor


Sebelum tukar part2 di atas, line aircond kena cuci  bersih dengan menggunakan chemical tertentu. Jika kotor di dalam line aircond, tak ada guna pasang compressor baru sebab kemungkinan besar compressor akan jammed lagi.

Parts di atas aku beli sendiri kat kedai spare part aircond. Kos spare part RM390. Comnpressor recond, 3 bulan jaminan (jaminan hanya jika bocor dan ada bunyi sahaja). Lain-lain kerosakan tiada jaminan.

Kemudian cari pomen yang boleh buat aircond (aku nak buat sendiri, tak cukup alat nak buka screw..dan juga takde tempat yang sesuai nak buat kerja-kerja aircond ni....hehe).
Nak cari pomen aircond ni, kena cari yang betul-betul tahu buat aircond sebab aku dah terkena dengan pomen yang buat-buat tahu, tapi sebenarnya tahu sikit-sikit saja. Ingatkan nak save cost sikit, rupanya lebih juga budget...huhuh

Cooling coil & valve (banyak habuk melekat)

Satu hari juga tinggal kereta kat bengkel ni, pagi sampai malam (bengkel ni first time aku pergi, dekat2 area rumah, sebab fikir apa2 hal senang nak datang balik jika ada masalah).

Huhh...rupanya memang ada masalah betul lepas pasang parts tu...masa bawa balik kereta, compressor On/Off terlalu cepat...dan masa On/Off tu kereta jadi tersengguk-sengguk macam nak mati enjin pun ada.
Aircond pun tak sejuk...
Timing pula tinggi dlm 1500 rpm...Normal timing bawah 1000rpm. Pelik semacam saja...Terus aku call pomen bagitahu masalah ni.

Dia suruh datang balik bila bengkel buka hari Isnin. (buat hari Sabtu, Ahad tutup). Terpaksa tunggu satu hari dan tak berani nak pasang aircond takut compressor jammed lagi.

Hari Isnin pergi jumpa pomen tu, belum pun tengok lagi masalah kereta aku ni, dia dah cakap compressor tu ada masalah...Aku suruh dia check dulu, betul ke masalah compressor...benda ni bukan murah...tak kan dah rosak kot...memang lah barang recon, tapi takkan senang-senang rosak...

Lepas test lebih kurang, pomen tu cadang suruh aku tukar compressor lain...Jadi, aku suruh dia cabut compressor tu dan aku terus bawa ke kedai spare part aircond tu...

Lepas cerita lebih kurang dengan tokey kedai spare part tu, dia tak boleh terima bila aku cakap compressor tu bermasalah...dia test pusing-pusing, check pressure, dia cakap compressor OK. Dia syak gas aircond terlebih isi. Sebab tu compressor jadi berat. Katanya yang tak OK, pomen yang pasang compressor tu... (sebelum aku beli compressor ni pun, dia dah pesan awal-awal supaya cari pomen yang betul-betul tahu pasal aircond ni).

Tokey kedai ni cadang aku supaya pergi pasang semula kat tempat lain, jika betul-betul compressor bermasalah, dia akan tukar yang lain...Jadi, aku pun bawalah compressor ni ke tempat lain, yang betul-betul aku percaya boleh buat aircond. Kos isi gas RM60 dan kos pasang balik compressor RM50. Lepas siap pasang, masalah compressor tadi settle.

Sekarang ni aircond dah sejuk semula...Suis On/Off pun dah kembali normal. kesimpulannya, compressor tu OK..Aku dah blacklisted kedai pomen yang mula-mula pasang aircond tu...Lain-lain repair/service mungkin dia expert, tapi pasal aircond, tidak mungkin aku pergi lagi ke situ.

tips jaga aircond kereta:
1) service mengikut jadual (setahun sekali) supaya kos kerugian tidak berganda.
2) Kalau nak jimat kos, spare part beli sendiri dan cari pomen aircond yang betul-betul mahir (ini susah sikit sebab kebanyakan pomen mengaku pandai).
3) cabin kereta kena sentiasa bersih supaya habuk-habuk tidak melekat pada komponen aircond terutamanya cooling coil
4) selalu buka bonet kereta check kipas aircond tu berjalan atau tidak.

Sekian saja pengalaman aku pasal aircond kereta ini.

25 responds:

kh41 said...

kat mana beli aircond compressor tu?

madeeaziz said...

beli kat kedai sparepart aircond kete di serdang raya.

Unknown said...

Perh saya baru beli tecond rm450

Unknown said...

Perh saya baru beli tecond rm450

Afika Syafrizon said...

Salam, saya perlukan bantuan sangat pasal aircond ni, boleh tak tunjukkan kedai yang awak buat tu ? sbb tak tahu kat mana boleh buat , pls whatsapp me 0173997619 ,tq so much

Afika Syafrizon said...

Salam, saya perlukan bantuan sangat pasal aircond ni, boleh tak tunjukkan kedai yang awak buat tu ? sbb tak tahu kat mana boleh buat , pls whatsapp me 0173997619 ,tq so much

madeeaziz said...

salam Afika, check wasap ye

Unknown said...

Assalamualaikum..compressor model denso tuu bleh tak masuk kat wira SE 1.5? sbb cimpressor asal bukan denso.

madeeaziz said...

wsalam, erwin jue

compressor tak sama size..
baik check kat kedai dulu..

Nurain said...

Nk tnya...klu kete sy camry 2.0 ..compressor senang cri x..ktmana boleh cek..masalah aircond kete ni xsudah ..aritu pomen kata tukar kipas problem..da tukar rm400 pastu ok pastu jd sama blik panas bile benti ..jln laju bru sejuk..ape problem tu ye..compressor ke?

Nurain said...

Nk tnya...klu kete sy camry 2.0 ..compressor senang cri x..ktmana boleh cek..masalah aircond kete ni xsudah ..aritu pomen kata tukar kipas problem..da tukar rm400 pastu ok pastu jd sama blik panas bile benti ..jln laju bru sejuk..ape problem tu ye..compressor ke?

Unknown said...

share location sparepart kat serdang raya tu tuan..tq

Unknown said...

share location sparepart kat serdang raya tu tuan..tq

madeeaziz said...

Lokasi kedai sparepart aircond

Unknown said...

Standart harga compresor saga blm brp yer ? Skali gas n upah .

Unknown said...

Standart harga compresor saga blm brp yer ? Skali gas n upah .

madeeaziz said...

uya_awie,

hrga tak pasti la tuan...
rasanya dlm 500..
kena survey banyak tempat...
compressor ni banyak jenis..
kalu yg ori lagi mahal...yg rekon murah sikit

Unknown said...

Assalamualaikum . Awak pakai wira apa ? Kompressor tu boleh tak masuk kat wira aeroback 1.5 mmc . Kalau boleh bagi location kat mana . Ws 017 6659083

azizi said...

Boleh bagi alamat tak dimana kedai di serdang raya tu

Kopi O Ais said...

Yang ni biasanya condenser fan yg ada masalah. Tukar motor kipas je. Kos bawah rm200.

Unknown said...

Kedai spepart area k.l mne ye...nk bli expnsion valve

Unknown said...

salam bro.. tumpang tanya sy ada 1 compressor aircond baru tak usik lagi.... 100% ori ... tapi sy tak tau kreta apa boleh masuk ... rm400 kebawah sy nk tolak..

Mario said...

send pic whasap bro 0172277689

Mohd azani said...

Assalam..serdang raya kt mne ye..ade almt ke name kedai ke

Unknown said...

Salam kalau saya nak hantar kereta untuk check air cond kereta saya di mana bengkel ya t.k

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats