Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, December 13, 2013

4G15 ignition distributor

Baru-baru ni aku pasang ignition distributor yang telah di modified (ignition coil berada di luar daripada distributor). Benda ini ada jual kat Muar, tapi aku beli secara online sebab kedai spare part biasa susah dapat barang ni. Banyak kedai spare part tak tahu benda ni bila aku tanya. Kalau terrer, boleh juga modified sendiri.

Original distributor 4G13, 4G15 (iswara/wira karburator).
Coil dia ada di dalam.


Ignition distributor yang telah di modified. Coil kat luar.

Mengikut testimoni orang yang pakai distributor macam ni, ianya lebih tahan lama kerana kurang panas berbanding coil yang ada di dalam. Jika rosak, hanya perlu tukar coil sahaja tanpa perlu tukar satu set distributor. Harga coil sahaja lebih murah berbanding satu set distributor. Recond distributor standard, warranty 3 bulan di kedai spare part biasanya berharga RM150-RM180. Kalau pasang di bengkel kereta, harga barang termasuk upah pasang lebih kurang RM250 - RM300.

Ada banyak jenis coil di pasaran yang boleh digunakan. Salah satu yang biasa digunakan ialah brand Hitachi. Tak pernah pula aku check harga di kedai sparepart, tapi ada pomen beritahu dlm lingkungan harga RM80-RM100. Satu lagi jenis yang mahal berjenama MSD.


Berbalik kepada cerita di atas, selepas aku pasang distributor tu, memang ada kelainan sikit berbanding distributor asal. Start enjin pun lebih mudah. Sekali start saja terus hidup. Selalunya 2-3 kali juga start baru hidup. Kalau enjin sejuk, lagi susah mahu hidup.

Walaupun senang start, tapi ada masalah lain pula yang muncul. Bila pasang lampu, air-cond, enjin jadi tak stabil. Kadang-kadang berlaku mis-fire dan yang lebih teruk, enjin mati (bila enjin idle, kereta berhenti). Ketika bergerak, tiada masalah. Aku rasa, benda ni mungkin ada problem sebab sebelum pasang, nampak komponen di dalam distributor tu seperti bukan baru. Rotor dalam tu pun dah berkerak. Satu wayar macam kena potong pula. Kualiti pemasangan kurang memuaskan.

Oleh sebab benda ni dalam tempoh warranty lagi, aku akan hantar kembali barang ini kepada penjual tersebut dan minta tukar distributor jenis standard. Itulah kelemahan beli secara online ni, bila benda yang di jual ada masalah, menjadi satu hal pula nak pos kembali kepada penjual.

15 responds:

Fizivo Fiz said...
This comment has been removed by the author.
Fizivo Fiz said...
This comment has been removed by the author.
Fizivo Fiz said...
This comment has been removed by the author.
madeeaziz said...

cap 5 cucuk ?? cap kete apa tu boss..?

Kesavan Vathumalai said...

Salam satu malaysia...kawan2..sini saya ada satu masalah kete wira 1.5 sy..baru tukar complete wiring import..sedap..ringan..tapi..masa sy bawa kete laju sikit dah start problm..mcm sangkut2 tibe2..masa sangkut2 terus enjin berhenti..kadang2 pedal minyak pun rasa mcm dah kosong bile bawa kete..sy pun x tau ni hal pasal distribitor ke tak..formen sy pun dah tukar cap ditributor..masih problm lagi kadang2..ada apa2 idea tk nk tukar lagi apa2 benda lg..tolong sy sikit kawan..thnk u..

Kesavan Vathumalai said...

Yes boss cap distributor 5 cucuk..

Kesavan Vathumalai said...
This comment has been removed by the author.
jeff 1989 said...

reducer ta mmg kne pkai jugak ke kalau nk gune distributor coil kat luar ?

madeeaziz said...

kena pakai juga..

Cornt Paralae said...

Kereta saya semput2, cek kat kedai kete die ckp distributor rosak.. Mcmana ye nak modified yg mcm ni??

madeeaziz said...

Cornt Paralae ,
nasihat saya pakai distributor yg biasa2 jee..

Cal Vin Vin said...

Bro jika cap distributor di sentuh ada aliran lektrik, apakah perlu saya ganti? Dan ada ka ia bole menyebabkan enjin temprature cepat naik?
Semua sy da ganti..
1 overhaul
2 radiator
3 kipas aircond
4 kipas radiator
5 thermostat
6 hose
7 water pump
Semua dah tukar baru..
Tapi masi juga naik temprature..
Harap tuna dpt membantu..
Kereta 1.3 wira

Cal Vin Vin said...

Bro jika cap distributor di sentuh ada aliran lektrik, apakah perlu saya ganti? Dan ada ka ia bole menyebabkan enjin temprature cepat naik?
Semua sy da ganti..
1 overhaul
2 radiator
3 kipas aircond
4 kipas radiator
5 thermostat
6 hose
7 water pump
Semua dah tukar baru..
Tapi masi juga naik temprature..
Harap tuna dpt membantu..
Kereta 1.3 wira

madeeaziz said...

Cal Vin Vin,

Teruk juga masalah kete bro tu...
pasal aliran letrik tu, mungkin ada wayar short..
ada baiknya hantar kpd pakar buat wiring semula...

dah sampai masa nk kete baru tu..
hehe

rahmat mohd zin said...

Try tukar temp sensor..

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats