Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, January 20, 2015

Panduan renew lesen di JPJ


Semalam baru sedar lesen memandu dah tamat tempoh sejak awal bulan lagi..hehe
Nasib baik sepanjang tempoh lesen mati ni takde jumpa roadblock. Selamba je bawak kereta merata-rata dengan lesen mati..

Hari ni ambil masa sikit ke JPJ utk renew lesen. Untuk pengetahuan, lesen memandu kini telah dinaiktaraf kepada jenis kad yang tahan lasak dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi katanya (bukan jenis yang laminate macam dulu).

Menteri sedang tunjuk lesen baru & lama

Kalau dulu, setiap kali renew, dia akan bagi satu lagi lesen yang di laminate di samping lesen asal yang perlu disimpan sepanjang masa. Maknanya dulu kena ada 2 keping lesen.

Sekarang ini tidak lagi, lesen yang stail lama sudah tidak digunakan. Hanya satu keping lesen sahaja.
Untuk buat lesen baru ini, kena pergi ke JPJ.

  1. Kena bawa gambar utk buat lesen (satu keping sudah cukup). Pastikan background gambar ini warna putih sahaja. Gambar ini akan di scan untuk dipindahkan ke lesen tersebut.
  2. Ambil nombor giliran & tunggu lah giliran anda di panggil
  3. Kalau lesen dah tamat tempoh semasa anda renew, kena renew minimum tempoh 2 tahun. Nak buat setahun tak boleh. Bayaran lesen sekarang ini ialah RM30 setahun.
  4. Buat bayaran dulu dan resit bayaran & gambar tadi diserahkan kepada kaunter buat lesen.
  5. Tunggu lesen siap & boleh balik...
Proses renew lesen ni sekejap saja kalau tak ramai orang. Kalau nak cepat digalakkan pergi JPJ awal dalam pukul 8 pagi masih tak ramai orang.

Untuk info, panduan ini berdasarkan pengalaman aku renew lesen di JPJ Bandar Permaisuri, Cheras.

Nota:
Kalau nak renew roadtax, tapi geran takde, pun boleh buat juga di kiosk yang terdapat di JPJ tersebut. Dengan syarat, insuran sudah ada. Kaedah bayaran hanya melalui kad debit/kredit sahaja. Bayaran tunai tidak boleh.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats