Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, April 06, 2015

peluang baru..

Hari demi hari masa berlalu tanpa menunggu kita...
Jika kita leka dengan putaran hidup yang biasa-biasa, alangkah ruginya jika kita tiba-tiba tersedar kita sudah menjadi terlalu tua untuk melakukan sesuatu yang luar biasa yang boleh dibanggakan oleh diri kita sendiri serta boleh memberi manfaat kepada orang lain juga...

Kebanyakan orang dalam lingkungan kita mungkin begitu...
Jika lihat kehidupan orang di bandar terutamanya, setiap pagi hari ramai orang berpusu-pusu keluar dari rumah untuk ke destinasi masing-masing....kemudian di waktu petang pula berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing sampai jalan pun dah tak dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak...

Aku sebenarnya sudah bosan dengan keadaan ini dan ingin mencari jalan keluar daripada putaran sebegini...

Tiba-tiba aku diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang baru..bergabung dengan orang-orang yang mempunyai matlamat yang jelas, sentiasa berfikiran positif, semangat kepimpinan dan mempunyai semangat yang jitu dalam melaksanakan sesuatu untuk mencapai matlamat yang dituju..

Mudah-mudahan aku berjaya mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya...dan kepada anda yang masih mencari-cari suatu peluang yang mungkin boleh merubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik...
Ayuh... mari bersama-sama aku bergabung dalam suatu organisasi yang hebat dan sentiasa berkembang ini...

Insyaallah..Jumpa anda di puncak kejayaan...

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats