Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, January 19, 2016

cerita tukar tayar

Aduh..

Lari bajet gara-gara tukar tayar..
Asalnya nak tukar tayar je, sebab dah botak teruk sangat sampai dah nampak benang.
Kedua-dua tayar belakang pulak tu..
Puncanya dah agak sebab camber dah tak betul..boleh nampak kedudukan tayar senget.
Sebab tu tayar makan sebelah......dalam...

Tayar depan juga dah teruk keadaannya, tapi belum sampai nampak benang..
Jadi keputusannya tukar 4 tayar...
Ambil 2 tayar baru yang brand dunlop 195/50/R15 harganya RM140 sebiji..
Tayar depan pula pakai tayar second harga RM80 sebiji...brand yang sama..
Tayar biasa-biasa untuk kegunaan biasa...

Masa pomen buka tayar tu, baru nampak punca masalah kenapa tayar makan sebelah. Rupanya tulang anjing yang panjang dah rosak teruk.
Pomen cakap, kena tukar benda ni dulu baru boleh buat alignment & adjust camber.
Kos tukar tulang anjing ni, dia caj RM90 untuk satu tayar...
Kalau tukar, nak kena tukar sepasang kiri dan kanan...........Mahal giler..

Bila dia nampak aku macam tak nak buat, dia recommend suruh aku beli barang sendiri dan datang pasang esoknya. Cantik juga cadangan dia sebab kalau beli sendiri kat kedai spare part, dah pasti boleh dapat murah...Petang tu aku terus ke kedai sparepart beli tulang anjing ni...
Harga sebatang baru RM35.

Esoknya aku bawa semula kereta ke bengkel tu untuk pasang dan buat alignment.
Upah pasang benda tulang anjing ni dia caj RM25 satu side...aduhh...

Kemudian bila nak buat alignment, ada benda lain pula yang dia recommend kena tukar.
Dia tunjuk kat aku getah satay dah longgar...tak boleh buat alignment kalau tak tukar satay ni..
Ini kat tayar depan pulak...aduhaii...

tulang anjing baru & lama..beli kedai spare part RM35 sebatang. 
Kalau nak tukar, recommend tukar sepasang untuk tayar kiri dan kanan.
Kalau tulang anjing pendek, harga kat sparepart RM30 sebatang.

getah dan takde....effect dia camber lari dan makan tayar..

ini pomen panggil satay..

rupa sate dari dekat...RM25 siap upah pasang.
harga kat sparepart tak pasti.

jumlah keseluruhan hangus kat kedai tayar RM676.80.
Campur dengan kos beli barang RM70.
Jumlah besar RM746.80
aduyaiiii........

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats