Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, October 05, 2016

TIMING BELT, bila perlu tukar ?


Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kenderaan kita.

Ia adalah timing belt dan juga timing chain.

Timing Belt/Timing Chain tu apa fungsi dia ??
timing belttiming chain or cam belt is a part of an internal combustion engine that synchronizes the rotation of the crankshaft and thecamshaft(s) so that the engine's valves open and close at the proper times during each cylinder's intake and exhaust strokes. In an interference engine the timing belt or chain is also critical to preventing the piston from striking the valves. A timing belt is usually a toothed belt -- a drive beltwith teeth on the inside surface. A timing chain is a roller chain. (Wikipedia)

gambar hiasan dalam enjin


TIMING CHAIN 

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring.
Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam bahagian enjin.
Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin.
Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan.
Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.


TIMING BELT 

Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal.
Jika anda menggunakan Perodua Kancil, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau petunjuk bila ia nak putus.
Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri.
Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar.
Jika bunyi hilang semasa dibasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.
Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.

Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km.

Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Ramai orang tak tahu, bila sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

** timing belt dicadangkan untuk tukar setiap 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai.

GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km,

GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.

BAHANA KARBON DALAM ENJIN!!

Karbon yang terbentuk dalam enjin kereta sekiranya dibiarkan menebal akan membuatkan :

1. Penggunaan minyak kereta anda bertambah
2. Kereta jadi kurang pick-up (kurang kuasa pecutan)
3. Kereta tersengguk-sengguk ketika menaiki bukit
4. Susah hendak dihidupkan terutama semasa enjin sejuk
5. Enjin terasa berat
6. Bunyi bising dan gegaran yang kuat pada enjin.

Jika anda sayangkan kereta dan sayangkan duit, selalulah jaga enjin supaya tahan lebih lama.



Nota: artikel ini disalin daripada sumber fb

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats