Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram 1430 Hijrah


Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh,
Mereka berpesan-pesan kepada kebenaran & berpesan-pesan kepada kesabaran.
(Al-Asr ayat 1-3)

Masa berlalu begitu cepat. Adakah matlamat dan azam telah tercapai? Atau kehidupan kita masih sama seperti tahun-tahun yang lepas?
Marilah kita membaca doa akhir tahun & doa awal tahun ini supaya mudah-mudahan Allah s.w.t membimbing kita ke jalan yang benar. Aminn

(103:1-3)

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Related Posts:

  • trip cameroonLama sungguh tak masuk dalam blog ni. Tak ada apa benda nak tulis. Nak menulis kena ada feel baru sedap. Hari sabtu minggu lepas, aku naik cameroon hi… Read More
  • ayam berkokokBaru mata nak pejam, tiba-tiba dengar ayam berkokok sahut-sahutan. Bunyi kuat, sangat dekat dengan telinga. Bila terjaga, tengok anak 2 orang sedang d… Read More
  • balik kampung 13-16 JunBalik kampung 2-3 hari lepas, sempat juga makan buah naga. Hari-hari pekena buah ni sampai kencing pun sama color dengan buah ni..huhu.  Orang ka… Read More
  • america talent Amazing show - america got talent 2010 Kecil-kecil dah terror… Read More
  • budak penyelamat Tak ramai budak umur macam ni yang boleh control kereta bila berlaku emergency macam kes ni. Semuanya ini atas kuasa Allah yang Maha Besar yang meng… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats