Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, December 21, 2008

my screen

ini lah screen desktop aku.
desktop ni menggunakan OS ubuntu version 8.04 LTS.


Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan jaringan dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke forum Ubuntu kami. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda.

http://ubuntu.com.my/

Related Posts:

  • Statistik Telefon SelularSumberhttp://www.skmm.gov.my/Carta di atas adalah statistik pengguna telefon selular di Malaysia terbaru sehingga tahun 2008.Pengguna talian prepaid … Read More
  • Solat Jumaat @ Masjid Seri Petalingsalam Jumaat.Tengahari tadi, aku solat Jumaat di Masjid Seri Petaling.Khutbah yang disampaikan Imam adalah berkenaan kisah isteri Nabi Junjungan S.A.W… Read More
  • SelasihBukit Bintang.Pemandangan menarik dengan hamparan hijau kelapa sawit dan berbumbungkan langit biru.Keringat membawa rezeki, Dadah membawa mati.Itulah … Read More
  • tulisan Dato' Salleh MajidDaya saing, gaji tinggi, inovatif dan kreatif SAYA tertarik dengan hasrat untuk meningkatkan tahap gaji pekerja kita kepada tahap yang lebih tinggi. M… Read More
  • Jalan-jalan @ pesta buku 2009 PWTCMelihat kemeriahan pesta buku yang diadakan di PWTC.Banyak buku yang dijual murah & jika anda bernasib baik, boleh berjumpa dengan penulis buku.Be… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats