Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, June 16, 2009

Bas Jepun

Tiba-tiba aku teringat kenangan zaman sekolah menengah dulu.
Tingkatan 1 hingga 3. Masa tu aku tinggal di asrama yayasan terengganu besut.
Habis UPSR, dapat result yang agak baik..takde la cemerlang sangat..
tapi layak untuk mohon ke asrama yayasan terengganu.
Ayah minta bantuan cikgu Hashimah untuk mengisi borang permohonan ke asrama tersebut.
Berkat usaha ayah dan bantuan cikgu sekolah rendah, akhirnya aku dapat tawaran masuk ke asrama tersebut.



2 orang kawan sekampung aku juga terpilih ke asrama tersebut. jamrul & mamat.
Aku dapat sekolah di Sek.Men. Tengku Mahmud, 2 sekolah lain yang ada kaitan dengan asrama yayasan terengganu besut ialah sek. men nasiruddin shah (sebelah sekolah aku) dan sek men seri nering, jertih (sekolah ni paling jauh dari asrama).



Kat asrama ni ada lah 2 bas lama yang digunakan untuk mengangkut pelajar ketiga-tiga sekolah tsb.
Pada suatu hari, kami nampak ada bas baru yang lain drp bas yang sedia ada. Tak pernah lagi tengok bas semacam itu. Kiranya canggih jugak la bas tu. Pintu dia macam pintu LRT..pintu sliding..siap ada buzzer lagi bila pintu buka atau tutup.
kami namakan bas tu "Bas Jepun" sebab konsep dia macam style jepun. Kat dalam ada tempat pemegang bulat-bulat yang bergayutan, sama sebijik macam kat dalam LRT (Masa tu LRT belum ada lagi kat Malaysia ni)
Time nak pegi sekolah atau balik sekolah, masing-masing berebut nak naik bas tu.
Maklumlah, bas baru..canggih pulak tu (zaman tu lah). Sayang sekali takde gambar nak letak

Banyak lagi kenangan zaman sekolah dulu. Ada masa nanti aku sambung.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats