Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, June 10, 2009

letih lesu


Lama benar rasanya tak update blog ini.
Sepanjang minggu yang lepas, pemilik blog tak sihat badan.
Letih dan lesu rasanya. Hingga hari ini, masih belum pulih sepenuhnya.
Batuk-batuk dan selsema masih belum baik.
Jika sepanjang minggu lepas, sakit tekak yang kuat menyerang.
Nak telan air kosong pun rasa nak menjerit..ibarat ada duri kat kerongkong.
Dengan demam yang silih berganti. Lemah segala tenaga badan.
Menjaga anak yang juga demam, menjadikan sisa-sisa tenaga mencecah ke tahap zero.
Pada suatu pagi, aku cuba bangun dari tidur, tetapi bila angkat kepala pandangan jadi gelap.
Aku cuba gagahkan bangun, tapi tapi bila jalan 2-3 langkah pandangan jadi gelap.
Terpaksa duduk sekejap sehingga ok..
Menjelang tengahari baru pulih sedikit.
Rasanya sepanjang hidup, tak pernah lagi kena penyakit seperti ini.
Takut juga sebab sekarang ni wabak H1N1 masih berleluasa.
Ada juga aku tanya doktor klinik, katanya bukan H1N1.
Sekarang musim panas katanya. Memang biasa terjadi demam dan sakit tekak seperti ini.
Menurut laporan terbaru akhbar, jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia merupakan petanda awal kedatangan fenomena El-Nino.
Jadi adakah selepas ini bertambah ramai orang akan di serang penyakit?
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya kita semua dilindungi darip segala wabak dan penyakit, daripada bencana alam, aripada fitnah dan khianat, daripada penyakit malas dan keletihan supaya dapat kita beribadat dengan lebih sempurna. Aminn.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats