Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, July 14, 2009

Slogan Perdana Menteri

Setiap Perdana Menteri Malaysia amat popular dengan ungkapan atau slogan tertentu. Antara yang masih saya ingat yang sangat sinonim dengan PM adalah seperti berikut:-

Tun Mahathir (PM ke-4)
-kepimpinan melalui teladan
-bersih cekap amanah
-dasar pandang ke timur

Tun Abdullah (PM ke-5)
-islam hadhari
-cemerlang gemilang terbilang

Dato Seri Najib (PM ke-6)
-1 Malaysia


nota: lain-lain slogan PM terdahulu, saya tak tahu.


Teori RAHMAN yang benar-benar berlaku
Sumber: http://www.mykmujohor.com/

Nama RAHMAN adalah merupakan nama besar sebagai bapa kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Nama tersebut juga secara kebetulan atau memang telah ditakdirkan merupakan penunjuk kepada nama-nama besar Perdana Menteri Malaysia selepas itu:-

R = Tunku Abdul Rahman
A = Tun Abdul Razak
H = Tun Hussein Onn
M = Tun Mahathir
A = Abdullah Ahmad Bedalli
N = Najib

Sukar untuk dipercayai tetapi kita juga tak boleh menduga apa yang akan berlaku. Tetapi ironinya selepas kerakusan dan kelemahan era Pak Lah, kita seperti sudah kurang untuk menyakini bahawa NAJIB mampu untuk mengembalikan martabat dan darjat UMNO ketika era kegemilangan nya dulu.

Kerosakan yang dilakukan pada zaman Abdullah seperti satu malapetaka yang tak boleh dimaafkan oleh pencinta bangsa dan tanah air, dan bebanan akan ditanggung oleh NAJIB yang sepertinya mempunyai ciri-ciri kesinambungan kelemahan PAK LAH dan gagal bertindak secara pro-aktive terhadap isu-isu semasa dan membiarkan isu-isu tersebut di timbang-tara oleh rakyat yang seringkali dinyanyikan oleh lagu "derhaka" parti pembangkang.

Mungkin teori iini hanya kebetulan yang tidak berasas samasekali. Kita masih ingin menaruh kepercayaan bahawa selepas NAJIB akan ada TSMY. Kita berharap selepas ini akan ada teori M.A.N.T.A.P.

Namun, teori RAHMAN ini akan jadi benar dan NAJIB adalah PM terakhir untuk UMNO sekiranya tindakan segera tidak dapat dilakukan untuk memulihkan UMNO.Rakyat tidak mahu lagi sekadar mendengar cakap-cakap Pemimpin, tetapi rakyat ingin melihat apa yang telah dan akan dilakukan untuk memulihkan UMNO ini.

Sehingga rencana ini ditulis, sebenarnya semua ahli UMNO telah sedar mereka perlu bekerja lebih keras dan kembali kepada asas perjuangan bangsa dan negara dan tidak ada lagi perjuangan peribadi. Tetapi kesedaran tidak mencukupi kalau tidak disusuli dengan tindakan.

Memang bukan mudah untuk berjemur dipanas terik setelah sekian lama duduk dikerusi empuk dan biilik hawa dingin. Juga bukan mudah untuk bersalam dengan tangan-tangan petani yang berlumpur dan tangan nelayan yang berbau hanyir setelah sekian lama tangan para YB dan Menteri di sapu losyen berjenama Guy Laroche.

Tetapi ingatlah, tangan yang berlumpur dan hanyir itu lah yang mengundi kita dan memberikan kita harapan untuk membela nasib anak cucu kita nanti.

Fikirlah.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats