Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, September 03, 2009

apa saja

Sejak minyak naik ni, aku isi tank dgn minyak paling murah a.k.a minyak merah a.k.a RON95.
Murah tak murah jugak rm1.80 tuu..Nasib baik enjin tadak gegar..haha
Sebelum ni, aku isi RON97..rm1.80 seliter.
Sejak dia naik ke rm2.05 ni, aku dah tak layan minyak tu.
Orang ada cakap, minyak mahal ni khas utk kenderaan yg mahal-mahal saja @ enjin moden @ kenderaan berkuasa tinggi shj.
Oleh sebab kenderaan aku bukan yg jenis mahal, buatan tempatan saja dan enjin pun jenis yang lama pakai karburator..jadi aku decide guna minyak murah saja lah. Jimat sikit duit minyak.
Asalkan boleh bergerak lancar cukuplah.
Skrg ni tengah berkira-kira nak tukar exhaust pulak. Nak cari yg jenis boleh save minyak.
Exhaust lama sudah bocor sikit. Bunyi pun tak berapa sedap.
Itu hari (4-5 bulan lepas) sudah survey2, jenis double tip, harga boleh tahan dlm rm300..huhu "boleh kurang lagi itu harga" kata tokey kedai.
Sampai skrg belum tukar lagi. Kurang bajet lagi.
Kalau ikut hati, banyak nak buat encik wira itu.
No.1 nak kena cat baru..cat ori sudah mati..
Karat sudah banyak muncul di merata-rata tempat.
Kalau di biar lama, boleh reput encik wira itu.
No.2 nak buat top overhaul..sebabnya temperature naik lebih dari had biasa terutamanya bila bawak lebih muatan/ketika mendaki/ketika bawak lebih 100km/jam. Aku syak ada masalah pada gasket head (mungkin dah terbakar) sebab sebelum ni temperature pernah naik sampai maksimum sebab radiator pecah.

Itu 2 perkara penting yg nak buat pada encik wira. Bila nak buat??
Wallahuaklam..tunggu ada rezeki lebih

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats