Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, September 08, 2009

mesin

Setelah memberikan perkhidmatan yang cemerlang hampir 7 tahun, akhirnya pada hari Ahad lepas, mesin basuh rumah aku rosak. Masa tu org rumah tengah basuh kain baju. Tiba-tiba saja mesin tu berhenti. Aku mula menyiasat punca kerosakan tersebut.
Screw dibuka dan didapati bahagaian mekanikal (timer) tidak berfungsi (mesin semi auto je).
Lain-lain part nampaknya tak ada apa-apa masalah.
Adusss...mana nak cari alat ganti dia ni..nampak gayanya nak kena survey kat pasar road.
Kalau takde alat ganti, alamatnya masuk tong sampah la mesin ni.
Mungkin dah sampai masanya mesin ni nak kena ganti baru.

ini la dia barang rosak tu

Memang nak kena cari baru pun, nak tunggu repair yang ini, ntah bila la boleh siap.
Itu pun kalau ada barang ganti.
Selepas tengok bajet yg ada, aku terus pergi survey beberapa kedai elektrik kat area rumah aku ni. Nak cari jenis fully auto pulak sebab org rumah aku dah tak larat nak layan mesin manual . Masa survey tu aku ada tanya tokey kedai apa brand yang paling top. Mereka cakap Toshiba paling bagus. Lagi pun aku tengok warranty dia lebih lama drp brand2 yang lain. 2 tahun utk general item, 3 tahun utuk panel & 5 tahun utk motor. Setelah pikir-pikir, akhirnya aku angkat sebiji mesin jenis Toshiba 9.0kg harga di bawah 1k.



Petang itu jugak dekat2 jam 5 ptg lori hantar.
Tapi tak boleh pasang lagi sebab aku nak kena setup tempat dulu tempat nak letak mesin tu. Wiring belum ada, paip belum ada.
Aku pegi hardware cari kepala paip. . Pilihan aku tak banyak sebab banyak kedai tutup. Jadi terpaksa aku ambik yang mana ada jual. Kalau tak, tak hidup la mesin baru tu.

Kemudian balik rumah aku buat wiring pula.
Malam selepas semua dah siap, baru boleh ON power dan sambung basuh kain baju yg tak siap tadi. Bagus la mesin ni, sebab power dia akan OFF secara auto bila dah completed cucian. Jimat tenaga elektrik. Harap-harap mesin ni boleh berkhidmat lebih lama drp mesin yang lama tu.

Related Posts:

  • selepas cutiAduyaii..Lama benar rasanya tak update blog ni.Maklumlah, cuti raya lama..aktiviti ber blog pun kira off jugak lah.Kena bagi ruang untuk sambutan hari… Read More
  • multivitaminPENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada … Read More
  • timbilDekat-dekat nak raya ni mata pulak buat hal. Ada org panggil ketumbit..aku panggil timbil..Kalu ikut mitos org dulu-dulu...ianya jadi sebab org tu suk… Read More
  • tol percumaBerita baik kepada pengguna tol KL-Karak & LPT.Laluan tol percuma dari jam 12 tgh malam hingga 5 pagi.Baik betul pengendali tol skrg ni.Kalau dibu… Read More
  • langit emasLangit di suatu petang ketika matahari sedang berlabuh dengan cahaya keemasan yang berkilau menarik perhatian aku. Lantas aku keluarkan camera dan sna… Read More

4 responds:

9w2yzi said...

demo ambik muatan atas ke muatan depan, elok ambik muatan depan, jimat air dan kain cuci elok psl teknik dia beza dgn cucian mesin atas... lagipun ada ruang utk ltk barang... die demo roayat ler model toshiba tu...

madeeaziz said...

kawe amik muatan atas..mugo amik doh gak..pakai aje lah dulu. model tu kw kena tgk smula..ni gambar kw boh.

irbas said...

wow 9 kg tu....banyak muatan boleh muat

madeeaziz said...

wohooo...boleh la isi lebih drp biasa..

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats